Tebusan murid Tadika Serikids 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejadian Tebusan murid Tadika Serikids 2011 berlaku pada 7 Julai 2011 di Taman Cemerlang, Sungai Abong,Muar ,Johor melibatkan 30 orang murid tadika dan 4 orang guru. Seorang pemuda berusia 27 tahun telah menjadikan mereka sebagai tebusan sejak 9.30 pagi hingga 3.45 petang. Lelaki itu dipercayai penagih dadah .[1] Pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba menenangkan penagih dadah itu.

Lelaki itu bersenjata sebilah parang dan tukul besi. Dalam rundingan , lelaki itu menuntut sepucuk pistol automatik dan peluru.[2]

Sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin menjelaskan bahawa lelaki itu telah ditembak di dahi selepas polis menyembur gas pemedh mata ke dalam banglo itu. Sebelum itu pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee cuba memujuk lelaki tersebut.

Guru dan murid terbabit telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanan Fatimah .Cikgu Norazah Mohd Shah, 23, masih dalam keadaan trauma.[3] Lelaki itu meninggal dunia di hospital pada 9.15 malam.

Akhbar The New Straits Times mendakwa lelaki itu bertanggungjawab dua kejadian serupa pada bulan Mac 2011. Bagaimanapun polis masih menyiasat kejadian itu.[4] Tadika Warna Sari telah diceroboh pada 12 Jan 2009 dan Tadika Senario diceroboh pada 10 Mac 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]