Technoblade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alexander (1 Jun 1999 – Jun 2022),[1][2][3] dikenali dalam talian dengan alias Technoblade, ialah YouTuber Amerika dan personaliti internet yang terkenal dengan video Minecraft dan strim langsungnya di saluran YouTube-nya serta penglibatannya dalam kumpulan Dream SMP.[4][5] Setakat Julai 2022, salurannya mempunyai lebih daripada 12 juta pelanggan.[6][7][8][9] Technoblade meninggal dunia pada Jun 2022 akibat sarkoma merebak.[7][10]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Technoblade mendaftarkan saluran YouTube-nya pada 28 Oktober 2013. [11] Kandungan Technoblade terutamanya berkisar tentang permainan video Minecraft,[12] dan beliau sering mengunjungi pelayan permainan mini Hypixel;[4] beberapa permainan mini pelayan, seperti Bedwars dan Skywars, juga menjadi subjek kebanyakan kandungannya.

Dalam satu video, Technoblade mengalahkan Minecraft dalam mod tegar (hardcore) dengan stereng.[13]

Populariti Technoblade melonjak pada 2019 berikutan beberapa kemenangannya dalam kejohanan "Minecraft Monday" oleh YouTuber terkenal, Keemstar.[8] Technoblade kerap menyertai kejohanan Minecraft Championship bersama personaliti YouTube Minecraft yang lain, dan telah dipetik oleh Cale Michael dari Dot Esports sebagai "salah seorang pemain Minecraft terbaik dalam bidang penghasilan konten, terutamanya dalam acara pemain-lawan-pemain".[12] Menjelang akhir tahun 2021, saluran utama Technoblade telah mencapai 10 juta pelanggan, yang telah menjadi matlamatnya sejak berumur 13 tahun.[14] Pada saat kematiannya (Jun 2022), saluran YouTube utamanya telah mencapai 10.8 juta pelanggan.[15]

Technoblade mempunyai persainganan mesra dengan sesama YouTuber Minecraft Dream. Beliau juga merupakan ahli pelayan Dream SMP Minecraft, dan kerap menyiarkan konten berkenaannya.[16][17][18] Kedua-duanya mendapat pengiktirafan tersaing bagi gelaran "pemain Minecraft terbai" dalam kalangan peminat mereka, dihoskan oleh MrBeast.[19] Sebagai tindak balas kepada diagnosis kanser Technoblade pada akhir Ogos 2021, Dream menderma $21,409 kepada penyelidikan kanser.[20]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Banyak tentang kehidupan peribadi Technoblade adalah tidak diketahui. Dengan pengakuannya sendiri, beliau "menyakat" penontonnya dengan mendedahkan butiran palsu tentang hidupnya dan pernah menipu penontonnya untuk mempercayai namanya ialah "Dave"; gurauan ini diterima umum sebagai nama sebenarnya sehingga video pengumuman kematiannya.[7][21][22]

Technoblade berkata di Twitter bahawa beliau tinggal di San Francisco, California. [23] [24] Beliau diketahui menghidap ADHD.[17]

Diagnosis kanser dan kematian[sunting | sunting sumber]

Perjuangan Technoblade dengan kanser sebelum ini telah dihebahkan dalam kalangan peminatnya dan beliau mendedahkan diagnosisnya pada Ogos 2021.[7][25] Pada 28 Ogos 2021, satu video telah dimuat naik mendedahkan beliau disahkan menghidap sarkoma selepas mengalami sakit di lengan kanan dan benjolan di bahu.[7][10] Kemoterapi dan terapi radiasi terbukti tidak berjaya tatkala ahli terapinya menyatakan bahawa lengannya mungkin perlu dipotong.[26] Pada Disember 2021, Technoblade berjaya menjalani pembedahan menyelamat anggota badan tanpa perlu memotong lengannya.[26][7]

Pada 30 Jun 2022, sebuah video telah dimuat naik ke saluran YouTube Technoblade di mana bapanya mengumumkan bahawa beliau telah meninggal dunia akibat kansernya yang telah merebak (metastasis).[21] Beliau membaca mesej yang ditulis Technoblade dalam saat-saat akhir hayatnya, dan berkata bahawa hasil daripada jualan cenderamata akan disalurkan kepada Yayasan Sarcoma Amerika.[15][27][18][28] Wang yang diperoleh daripada video dan barangan Technoblade juga akan digunakan untuk membiayai pendidikan kolej adik-beradiknya "jika mereka mahu".[29] Video itu berakhir dengan mesej bertulis daripada ibu Technoblade.[30] Penghormatan video itu menjadi video sohor kini teratas di YouTube kemudian hari itu, melepasi 30 juta tontonan dalam 24 jam pertama.[18][31] Ia telah dilihat lebih 40 juta kali Setakat 2 Julai 2022 .[32] Salurannya memperoleh lebih daripada 1,500,000 pelanggan selepas kematian.[31]

Technoblade pada asalnya merancang untuk menulis dan merakam video itu sendiri sebelum kematiannya, tetapi tidak berupaya akibat keadaannya yang tenat dan faktor-faktor lain.[33]

Reaksi dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Beberapa YouTuber, termasuk Dream dan ahli SMP Dream yang lain,[21] menyatakan ucapan takziah, sokongan dan kekaguman mereka dalam talian. [7] Simon Collins-Laflamme, pengasas bersama Hypixel, mengeluarkan kenyataan yang sama.[4] Elon Musk memberi penghormatan kepada Technoblade di Twitter dengan petikan daripada Sonic the Hedgehog dalam Wreck-It Ralph.[34] YouTube mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminatnya selepas video itu dikeluarkan.[7] Akaun Twitter rasmi Minecraft juga menulis ucapan takziah[35] dan Yayasan Sarcoma Amerika menghantar ucapan takziah kepada keluarga. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, Brandi Feiser, berkata bahawa Technoblade telah mengumpulkan lebih $500,000 USD untuk menyokong penyelidikan sarkoma sepanjang hayatnya.[25] Menurut Polygon, Technoblade ialah "salah satu personaliti Minecraft yang paling terkenal."

Dalam temu bual dengan The New York Times, Don Pireso, pentadbir utama Hypixel, menyatakan bahawa keluarga Technoblade tidak akan memberikan sebarang komen lanjut mengenai pemergiannya kerana "video yang mereka kongsikan mengandungi semua maklumat yang mereka selesa berkongsi pada masa ini." Pasukan Hypixel juga mewujudkan ruang digital dalam pelayan Minecraftnya di mana peminat boleh menggunakan buku dalam permainan dan item pena bulu untuk menulis mesej satu halaman yang akhirnya akan dihantar kepada keluarga Technoblade.[36]

Pada 2 Julai 2022, Mojang menambahkan penghormatan kepada Technoblade pada imej pelancar Minecraft: Edisi Java. Imej diubah suai ini memaparkan mahkota dipakai pada khinzir Minecraft, merujuk kepada persona Technoblade.[37]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Technoblade [@technothepig] (May 31, 2020). "my birthday's tomorrow. looks like this is the end boys" (Twit). Dicapai pada 1 Julai 2022 – melalui Twitter.
  2. ^ Ross, Lincoln A. (1 Julai 2022). "Technoblade, Popular Minecraft YouTuber, Dies After Stage 4 Cancer Battle". TheWrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  3. ^ Boeck, Janik (1 Julai 2022). "Einer der größten Minecraft-YouTuber (23) stirbt – Vater liest emotionale letzte Nachricht". op-online.de (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  4. ^ a b c Fay, Kacee (1 Julai 2022). "'Force to be reckoned with': Internet comes together to mourn Technoblade". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  5. ^ Ondor, Cade (June 30, 2022). "Minecraft YouTuber Technoblade Passes Away from Cancer". ComicBook. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  6. ^ Miranda, Shauneen (1 Julai 2022). "Fans are saddened over the death of Technoblade, a popular Minecraft YouTuber". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  7. ^ a b c d e f g h "Technoblade: Minecraft YouTuber dies from cancer aged 23". BBC. 1 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  8. ^ a b Blistein, Jon (1 Julai 2022). "Technoblade, Popular Minecraft Player and YouTube Creator, Dead at 23". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  9. ^ Winslow, Jeremy (1 Julai 2022). "Tributes Pour In For Beloved Minecraft YouTuber Technoblade". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  10. ^ a b Schaefer, Sydney. "Minecraft YouTuber Technoblade, 22, He did Reveal He Almost Had His Right Arm Amputated as Part of Cancer Treatment, Opted for Limb-Salvage Surgery & is Doing Well Post-Op". SurvivorNet. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2022. Dicapai pada January 20, 2022.
  11. ^ Technoblade. "About". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  12. ^ a b Michael, Cale (May 29, 2021). "Why is Technoblade not competing in Minecraft Championships (MCC) 14, Season 2". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  13. ^ "It's time to play Minecraft with a Bop It". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-03.
  14. ^ Technoblade [@Technothepig] (December 31, 2021). "When I was 13 I decided to get 10 million subscribers on YouTube. Today, after 8 years, 2 months and 3 days: 100%" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022 – melalui Twitter.
  15. ^ a b Spangler, Todd (1 Julai 2022). "Technoblade, Popular Minecraft Creator, Dies From Cancer at 23". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  16. ^ Çakır, Gökhan (May 15, 2021). "Technoblade's Minecraft settings". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  17. ^ a b Nightingale, Ed (April 15, 2021). "Death threats sent to Minecraft YouTuber Technoblade for alleged racist tweets". PinkNews (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2021. Dicapai pada September 6, 2021.
  18. ^ a b c Stanton, Rich (1 Julai 2022). "Minecraft youtuber Technoblade dies at the age of 23". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  19. ^ Gaming, MrBeast (August 29, 2020), $100,000 Dream vs Technoblade Duel! (YouTube video) (dalam bahasa Inggeris), YouTube, diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2022, dicapai pada July 2, 2022
  20. ^ Michael, Cale (September 26, 2021). "Technoblade and the Minecraft community raise $323K for cancer research in under four hours". Dot Esports (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2021. Dicapai pada October 6, 2021.
  21. ^ a b c Vincent, James (1 Julai 2022). "Technoblade, a popular Minecraft YouTuber, dies from cancer age 23 — shares final video". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  22. ^ Suliman, Adela (1 Julai 2022). "'Technoblade,' a star Minecraft gamer on Youtube, dies of cancer at 23". The Washington Post. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  23. ^ Technoblade [@technothepig] (January 10, 2020). "me in san francisco" (Twit). Dicapai pada 1 Julai 2022 – melalui Twitter.
  24. ^ Pandey, Devasheesh (1 Julai 2022). "Who is Technoblade, Minecraft streamer who died from cancer at 23?". www.indiatvnews.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  25. ^ a b Owoseje, Toyin (1 Julai 2022). "Technoblade, Minecraft YouTuber watched by millions, dead at 23". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  26. ^ a b Popko, John (December 23, 2021). "Technoblade almost loses arm after cancer diagnosis". Inven Global. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2021. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  27. ^ Iorio, Kelsie (1 Julai 2022). "The Loop: Cervical screening changes explained, Airbnb extends party ban, YouTuber's family posts farewell video". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  28. ^ Evans, Greg (1 Julai 2022). "Technoblade Dies: YouTube Creator & Minecraft Gamer With 11 Million Subscribers Was 23". Deadline. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  29. ^ "Gaming community salutes Technoblade, late YouTube star who built 'Minecraft' empire". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-02. Dicapai pada 2022-07-03.
  30. ^ "Minecraft YouTuber Technoblade dies from cancer as his dad posts message he'd prepared for followers". Sky News. 1 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  31. ^ a b Cheong, Charissa (1 Julai 2022). "The gaming community is 'devastated' and 'heartbroken' after a YouTuber's dad shared his final message to fans, written hours before his death". Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  32. ^ Technoblade (June 30, 2022). so long nerds (YouTube video). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  33. ^ Michael, Cale (2022-07-01). "Star Minecraft creator Technoblade has died following battle with cancer". Dot Esports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-03.
  34. ^ "Elon Musk breaks Twitter silence with tribute to YouTuber Technoblade". indy100copy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-03.
  35. ^ Snider, Mike (1 Julai 2022). "Minecraft sensation Technoblade dies of cancer at 23, says goodbye in final YouTube video". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  36. ^ Holpuch, Amanda (1 Julai 2022). "Technoblade, YouTube Star Popular for Minecraft Videos, Has Died". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 1 Julai 2022.
  37. ^ Fay, Kacee (2022-07-02). "Mojang cements Technoblade's legacy by honoring him on the Minecraft Launcher". Dot Esports. Dicapai pada 2022-07-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]