Teduhan Kasih (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teduhan Kasih
Umum
PengarangMarissa
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitKarya Seni Enterprise
Tarikh penerbitan
Mei 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman575
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246222

Teduhan Kasih ialah sebuah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Marissa, diterbitkan pada 2012 oleh Kaki Seni Enterprise.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2013.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Teduhan Kasih telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 15 Mei 2013 di TV3, dibintangi oleh Adi Putra, Nabila Huda, Shah Iskandar dan Sherry Ibrahim sebagai pelakon utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marissa (2012). Teduhan Kasih. Kaki Seni Enterprise. ISBN 9789670246222.
  2. ^ Teduhan Kasih by Marissa Goodreads. Dicapai pada 29 Februari 2020.