Teh tarik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teh tarik
200p×
Air teh tarik yang berbuih amat popular di kawasan Kedah
JenisMinuman
KawasanMalaysia
Dicipta olehIndia perantau di Semenanjung Malaysia
Bahan utamasusu pekat manis, serbuk teh
di Wikibuku Buku Masakan: Teh tarik  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Teh tarik

Teh tarik (Jawi: تيه تاريق) merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih-buih bagaikan buih sabun. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dan lain-lain.

Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.

Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.

Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah di antara dua biji kole di samping kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Teh tarik yang ditinkan.