Teknetium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tc-TableImage.svg

Teknetium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Tc dan nombor atom 43. Unsur logam ini yang radioaktif, berbentuk pepejal berwarna kelabu dan digunakan dalam bidang perubatan sebagai penahan kakis.

Nama teknetium berasal daripada perkataan Yunani, technitos (τεχνητός) yang bererti "sintetik" dengan akhiran -ium.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Teknetium ialah logam radioaktif kelabu yang berupa seperti platinum yang biasanya diperoleh sebagai serbuk kelabu.[1]

Logam teknetium mengalami sebam dalam persekitaran udara lembap dan serbuk teknetium membakar dalam oksigen. Teknetium memiliki sembilan tahap pengoksidaan daripada -1 ke +7 dengan tahap-tahap umum ialah +4, +5 dan +7.[2] Teknetium larut dalam akua regia, asid nitrik dan asid sulfurik pekat, namun tidak larut dalam asid hidroklorik tanpa mengira kepekatan.[1]

Isotop[sunting | sunting sumber]

Teknetium ialah unsur dengan nombor atom terendah yang hanya memiliki isotop radioaktif. Isotop yang paling stabil ialah teknetium-97 dengan separuh hayat selama 4.21 juta tahun, teknetium-98 (4.2 juta tahun) dan teknetium-99 (211,100 tahun).[3] 30 radioisotop teknetium lain telah dikesan dengan nombor jisim dari 85 ke 118.[4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Teknetium-99m, isomer nuklear metastabil digunakan dalam ujian perubatan isotop radioaktif. Teknetium-99m digunakan sebagai penyurih radioaktif yang digunakan dalam pengimejan perubatan badan manusia.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hammond, C. R. (2004). "The Elements". Handbook of Chemistry and Physics (edisi 81st). CRC press. ISBN 978-0-8493-0485-9. 
  2. ^ Husted, R. (2003-12-15). "Technetium". Periodic Table of the Elements. Los Alamos National Laboratory. Dicapai 2009-10-11. 
  3. ^ Audi, Georges; Kondev, Filip G.; Wang, Meng; Huang, Wen Jia; Naimi, Sarah (2017), "The NUBASE2016 evaluation of nuclear properties" (PDF), Chinese Physics C, 41 (3): 030001–1—030001–138, Bibcode:2017ChPhC..41c0001A, doi:10.1088/1674-1137/41/3/030001 
  4. ^ NNDC contributors (2008). Sonzogni, A. A., penyunting. "Chart of Nuclides". New York: National Nuclear Data Center, Brookhaven National Laboratory. Dicapai 2009-11-11. 
  5. ^ Emsley, J. (2001). Nature's Building Blocks: An A-Z Guide to the Elements. New York: Oxford University Press. m/s. 422–425. ISBN 978-0-19-850340-8. 
  6. ^ Laurence Knight (30 May 2015). "The element that can make bones glow". BBC. Dicapai 30 May 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Teknetium di Wikimedia Commons