Tekpi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu tepki Okinawa dan satu Indonesia chabang/tjabang .

Tekpi [ték-pi] (pinjaman Bahasa Hokkien siang té pi 雙短鞭, bererti "sepasang cambuk pendek"), cabang (ejaan lama: tjabang)[1] atau trisoon (bererti "trisula" dalam Bahasa Thai) adalah senjata yang dikenali luas dalam seni bela diri masyarakat Melayu, namun tetapi bukan merupakan senjata asli budaya itu sendiri, sehingga sangat sulit menemukan Tekpi di muzium peninggalan Melayu.

Senjata ini hampir sama dengan senjata sai dalam budaya Jepun. Senjata ini diduga dikembangkan oleh pendatang Cina beratus-ratus tahun yang lalu. Ciri-cirinya sendiri berbeza dengan kebanyakan senjata khas Melayu.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Bentuk asas senjata ini adalah bercabang tiga dengan cabang utama lebih panjang daripada cabang dikiri dan kanannya[2]. Cabang utama berbentuk lurus manakala cabang di kiri dan kanan membentuk huruf U atau seperti tanduk kerbau. Masyarakat Melayu menamakan cabang utama tersebut sebagai batang tekpi manakala cabang di kiri dan kanannya sebagai sampir.

Hujung hulunya yang berbentuk buntil pula dikenali sebagai mata lalat atau bunga lawang. Cabang utama biasanya adalah sepanjang 15 inci sehingga 20 inci[3] dan diukur mengikut kesesuaian tuanpunya senjata.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Senjata Tekpi dipercayai berasal dari Cina[4], sebelum sampai ke Kedah melalui perdagangan India dan China, yang terletak di utara Malaysia, bersempadan dengan Thailand. Ia dikatakan berakar sejak tahun 1556 apabila ia pertama kali diajar kepada Sultan Kedah.[5][6]

Terdapat juga dakwaan bahawa Tekpi berasal daripada Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, Cina, Indochina,dan Okinawa.[7]. Di Indonesia ia dikenali dengan nama cabang dan dipercayai diambil hasil dari trisula India, manakala di Okinawa[8] didalam bahasa Ryukyu ia dikenali sebagai sai (釵).

Teknik[sunting | sunting sumber]

Kegunaan tekpi sebagai senjata dibayangkan dalam bentuk khususnya. Dengan kemahiran, ia boleh digunakan bagi menentang pedang panjang dengan memerangkap bilah pedang dengan sampir tekpi. Sekiranya penggunanya cukup mahir, dia mungkin mampu meretakkan bilah atau senjata lain dengan menggunakan tekpi. Terdapat beberapa cara berbeza menggunakan tekpi dengan tangan, yang memberikan kepelbagaian sama ada untuk membunuh atau tanpa membunuh. Tekpi kebiasaannya digunakan sebagai senjata hentaman atau tusukan pada solar plexus. Tekpi juga dikatakan mempunyai banyak gerakan pertahanan bagi menghalang senjata lain.

Satu cara memegangnya adalah dengan mengenggam batang tekpi dengan semua jari di bawah sampir dengan ibu jari pada cabang sampir dan batang tekpi. Cara ini membenarkan tekpi ditekan pada lengan depan dan mengelakkan ibu jari terperangkap ketika menangkis serangan. Perubahan boleh dilakukan dengan menekan ibu jari dan memutar tekpi sehingga ia terbalik. Tekpi dikatakan lebih mudah dipegang dalam kedudukan ini. Mata lalat berguna bagi menumpukan kuasa tumbukan, sementara batang utama yang panjang boleh dihunus bagi menujah musuh, sebagai pelindung lengan ketika menangkis serangan, atau menikam sebagaimana pisau biasa.

Dalam kegunaan biasa, sesetengah cenderung mengekalkan jari telunjuk sepanjang batang tekpi tanpa mengira ia menghala kehadapan atau kebelakang. Jari mungkin lurus atau dibengkokkan sedikit. Digunakan dengan cara ini, jari lain kekal pada batang utama, dengan ibu jari mengenggam pemegang.[9]

Genggaman yang digambarkan di atas memberi kelebihan kelenturan senjata ini sebagai samaada senjata menyerang atau pertahanan. Kedua cara genggaman membantu putaran arah mata bilah sementara tekpi berada dalam pegangan yang kukuh.

Tekpi biasanya digunakan secara berpasangan, dengan satu setiap sebelah tangan.[10] Lima gerakan (kata) biasanya diajar, termasuk dua gerakan kihon. Gaya ini termasuk pelbagai sangga, tangkis, serang dan memerangkap penyerang dari semua arah dan ketinggian. Penggunaan hujung mata, penumbuk, dan batang utama ditekankan, termasuk juga penukaran genggaman bagi serangan dan sanggaan berganda.

Jitte merupakan senjata satu mata Jepun yang setara dengan tekpi/sai Okinawan, dan kebanyakannya digunakan oleh polis Jepun semasa tempoh Edo. Ia merupakan senjata yang ditonjolkan dalam kurikulum beberapa aliran jujutsu dan koryu Jepun.

Dalam budaya[sunting | sunting sumber]

Dalam filem Enam Jahanam, tekpi merupakan senjata pilihan adiwira cerita tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A MALAY-ENGLISH DICTIONARY (Google eBook), R.J. WILKINSON, 1901 P.246
  2. ^ Majalah Seni Beladiri,Gombak,Azlan Ghanie (M) Sdn Bhd, April 2006, ms 60-62
  3. ^ Donn F. Draeger & Robert W. Smith, Comprehensive Asian Fighting Arts,Kodansha International Limited, 1969, ms 66
  4. ^ Traditional weapons of the Indonesian archipelago, Albert G. van Zonneveld
  5. ^ [http://books.google.com.my/books?id=P-Nv_LUi6KgC&pg=PA313&dq=tekpi+malay&hl=en&sa=X&ei=9xj3TrmHGoPKrAeu4djeDw&ved=0CD0Q6AEwAQ#v=onepage&q=tekpi%20malay&f=false Martial Arts of the World: An Encyclopedia of History and Innovation, Volume 2 By Thomas A. Green, Joseph R. Svinth.]
  6. ^ Introduction to Silat Kuntau Tekpi.
  7. ^ Donn F. Draeger & Robert W. Smith, Comprehensive Asian Fighting Arts,Kodansha International Limited, 1969, ms 65
  8. ^ Martial arts gear
  9. ^ "Martial arm". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2009-01-02.
  10. ^ Okinawa free