Teks berformat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail teks berformat (HTML) dipaparkan di dalam penyunting teks Vim

Teks berformat, teks yang digayakan, atau teks kaya, berbanding dengan teks biasa, memiliki maklumat penggayaan yang melampaui unusr-unsur semantik yang minimum, yakni: warna, gaya (tebal, italik), saiz, dan ciri-ciri khas seperti hiperpautan.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Teks berformat tidak boleh dikenali sebagai fail perduaan ataupun dibezakan daripada teks ASCII. Ini kerana teks berformata tidak semestinya dalam bentuk perduaan; ia mungkin hanya mengandungi teks, seperti yang terdapat dalam fail HTML, RTF atau fail enriched text, dan ia juga mungkin hanya mengandungi ASCII. Sebaliknya sebuah fail teks biasa mungkin mengandungi kod bukan ASCII, seperti pengekodan UTF-8 Unikod. Teks berformat yang hanya mengandungi teks dibuat dengan menggunakan penanda yang juga merupakan teks, sementara beberapa pemproses teks, seperti Microsoft Word, emnyimpan fail dalam format perduaan.

Permulaan teks berformat[sunting | sunting sumber]

Teks berformat bermula dengan penggunaan garis bawah ( _ ) bagi "menebalkan" penulisan dalam manuskrip-manuskrip alat taip. Dalam sistem-sistem interaktif komputer awal, penggunaan garis bawah tidak dapat dibuat (kerana ketiadaan pemformatan dengan ASCII), dan para pengguna menggunakan simbol-simbol tertentu sebagai pengganti. Penekanan, misalnya, dapat dilakukan dengan ASCII dalam beberapa cara:

  • Penggunaan huruf besar: Saya BUKAN mereka cerita ini.
  • Penggunaan garis bawah: Saya _bukan_ mereka cerita ini.
  • Penggunaan asterisk: Saya *bukan* mereka cerita ini.
  • Penggunaan penjarakan: Saya b u k a n mereka cerita ini.

Tanda garis bawah juga digunakan buat tajuk-tajuk buku: Look it up in _The_C_Programming_Language_.

Bahasa-bahasa penanda[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa penanda

Pemformatan dapat ditandai dengan tag yang dibezakan daripada teks kandungan dengan aksara-aksara khas seperti tanda kurung siku dalam HTML. Sebagai contoh, teks ini:

Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai Canis lupus familiaris.

ditandakan dalam HTML sebagai:

<p>Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai <i>Canis lupus familiaris</i>

Teks condong dilitupi tag "italik" pembuka dan penutup. Dengan LaTeX pula, teks ditanda seperti berikut:

Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai \textit{Canis lupus familiaris}.

Bahasa-bahasa penanda dapat dilaksanakan dengan penyunting teks tanpa memerlukan perisian tambahan.

Fail-fail dokumen berformat[sunting | sunting sumber]

Semenjak penciptaan MacWrite, pemproses teks WYSIWYG pertama, yang membolehkan pengguna memformat teks secara visual tanpa memerlukan penanda teks, pemproses teks lazimnya menyimpan hasil di dalam fail penduaan.

Dokumen-dokumen teks dalam bentuk fail penduaan cacat dari segi skop pemformatan dan kerahsiaan. Mahupun pemformatannya dengan penanda tepat, pemformatan WYSIWYG berlandaskan ingatan dan ini boleh menimbulkan kesilapan dan masalah-masalah penyelenggaraan. Dari segi kerahsiaan pula, format teks berformat sering menggunakan format proprietari yang tidak didokumenkan, dan ini membawa kepada masalah keserasian pengekodan dengan perisian pihak ketiga dan juga keperluan untuk meningkatkan versi-versi pemformat.

WordStar merupakan pemproses dokumen yang popular pada satu ketika dahulu dan tidak menggunakan fail penduaan dengan aksara-aksara tersorok.

OpenOffice.org Writer menyimpan fail dalam format XML. Walau bagaimanapun, fail hasilan merupakan fail penduaan kerana ia dimampatkan (setara dengan tar ball).

PDF ialah satu lagi format teks berformat yang lazimnya dedua (menggunakan pemampatan buat teks, dan menyimpan grafik dan fon dalam format perduaan). Secara amnya format ini merupakan format pengguna yang ditulis dengan perisian seperti Microsoft Word ataupun OpenOffice.org Writer, dan tidak dapat disunting selepas ia dicipta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]