Tekstur (muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengenalan Washington Post March gubahan John Philip Sousa menampilkan penggandaan oktaf dan tekstur homorythmic.
Mengenai bunyi ini Mainkan 

Dalam muzik, tekstur ialah cara penggabungan melodi, rentak dan harmoni dalam sesebuah gubahan muzik, dan dengan itu menentukan mutu muzik dalam sesebuah lagu. Tekstur kerap kali diperikan dengan merujuk kepada kemampatan atau ketebalan, dan keluasan julat pic yang terdapat dalam sesebuah lagu. Ia juga diperikan dengan merujuk kepada pertalian pic paling rendah dengan yang paling tinggi, dan bilangan suara dan pertalian antara suara-suara tersebut[1] (lihat Jenis tekstur di bawah). Tekstur boleh berbentuk nipis atau tebal, dan boleh dipengaruhi oleh bilangan dan sifat bahagian-bahagian yang dimainkan serentak. Ketebalan tekstur dipengaruhi jumlah dan kelunakan alat muzik yang memainkan lagu tersebut. Selain itu tekstur juga boleh dipengaruhi oleh timbre alat muzik dan harmoni, tempo dan rentak yang digunakan dalam lagu tersebut. Misalnya, sebuah tekstur yang tebal mengandungi beberapa "lapisan" alat muzik. Satu lapisan mungkin terdiri daripada muzik alat tali dan yang satu lagi permaianan alat bras.

Jenis-jenis tekstur diklasifikasikan mengikut bilangan dan pertalian bahagian-bahagian yang dianalisis melalui penglabelan unsur-unsur primer tekstur: melodi primer (primary melody (PM)), melodi sekunder (secondary melody (SM)), melodi sokongan selari (parallel supporting melody (PSM)), sokongan statik (static support (SS)), sokongan harmoni (harmonic support (HS)), sokongan rentak (rhythmic support (RS)), dan sokongan harmoni dan rentak (harmonic and rhythmic support (HRS)).[2].

Jenis tekstur[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis tekstur yang digunakan dalam kajian muzik:

Jenis Pemerian Visual Audio
Monofoni Tekstur monofon mengandungi satu baris melodi tanpa sebarang iringan.[3]. PSM kerap kali menggandakan atau dimainkan selari dengan PM yang disokong.[4].
Melodi lagu Pop Goes the Weasel [5].
Biphonic Dua baris berasingan, baris bawah memainkan dengung (pic malar) sementara baris di atas memainkan melodi yang lebih berbunga. Satu contoh sokongan statik (SS) ialah ton ostinati.
Ton ostinati dalam Prelude no. 6 in D Minor, BWV 851, daripada The Well Tempered Clavier, Book I, m.1-2, gubahan Bach. Kesemua ton dengung ialah konsonan melainkan ton tiga not terakhir pada bar pertama.[6]
Polifoni atau Kaunterpoin Beberapa suara melodi yang boleh berdikari ataupun saling meniru. Tekstur penanda muzik Zaman Pembaharuan, juga terdapat dalam muzik Barok. [7]. Tekstur polifoni boleh mengandungi beberapa PM atau melodi primer.
Satu bar daripada Fugue No.17 in A flat, BWV 862, daripada Clavier (Part I), satu contoh masyhur polifoni kaunterpoin. Mengenai bunyi ini Mainkan 
Homofon Tekstur melodi yang paling kerap dijumpai dalam muzik Barat: melodi dan iringan. Banyak suara, dan satu daripadanya, melodi, ketara, sementara yang lain menjadi latar harmoni. Jika semua bahagian dimainkan dengan rentak yang lebih kurang sama, tekstur homofon juga boleh diperikan sebagai homorhythmic. Tekstur penanda muzik zaman Klasik dan juga muzik Zaman Romantis. Pada abad ke-20, "muzik popular hampir kesemuanya homofon", dan, "begitu juga muzik jaz" walaupun "improvisasi spontan yang dimainkan sekaligus mewujudkan muzik polifon tulen[8]. Tekstur homofon lazimnya mengandungi hanya satu melodi primer (PM). Sokongan harmoni (HS) dan sokongan rentak (RS) kerap kali digabungkan, justeru dilabelkan sebagai HRS[9].
Homofoni dalam If ye love me, digubah pada tahun 1549. Suara bergerak bersama dengan rentak yang sama, dan pertalian antara mereka mencipta kord: petikan bermula dan berakhir dengan F major.
Homorhythm Banyak suara dengan rentak serupa dalam semua bahagian. Juga dikenali sebagai "kordal". Dapat dibezakan daripada homofoini. lihat nota di atas
Heterofoni Dua atau lebih suara memainkan variasi melodi yang sama secara serentak.
Penambahan Tekstur yang lazimnya terdapat dalam muzik rock yang bermula dengan mono atau homofoni, dan kemudiannya berubah menjadi polifoni.

Jenis tambahan[sunting | sunting sumber]

Jenis atau repertoir muzik tertentu lazim diperikan sebagai satu daripada kategori yang disebut tetapi sebenarnya muzik ini adalah muzik tambahan, (misalnya, Gregorian chant dikatakan jenis monofoni, Chorales Bach dikatakan homofoni, dan fugue sebagai polifoni), are described as homophonic and fugues as polyphonic), ramai penggubah menggunakan lebih daripada satu tekstur dalam gubahan mereka.

Satu jenis tekstur baharu ialah micropolyphony yang pertam digunakan oleh György Ligeti. Tekstur-tekstur lain termasuk polythematic, polyrhythmic, onomatopoeic, compound' dan tekstur campuran atau komposit.[10].

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Benward & Saker 2003, ms 131
  2. Benward & Saker 2003, ms.136
  3. Benward & Saker 2003, ms 136
  4. Benward & Saker 2003, ms.137
  5. Kliewer 1975, p.270-301
  6. Benward & Saker 2003, ms.99
  7. Benward & Saker 2003,1999,199,158,137, 136,129,110,90,59,35,11,9,0)
  8. Benward & Saker 2003, 136
  9. Benward & Saker 2003, ms.137
  10. Corozine 2002, ms.34

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Benward & Saker (2003). Music: In Theory and Practice, Vol. I. Seventh Edition. ISBN 978-0-07-294262-0.
  • Copland, Aaron. What to Listen for in Music. Published by Signet Classic, an imprint of New American Library, a division of Penguin Group (USA) Inc., 375 Hudson Street, New York, NY.
  • Corozine, Vince (2002). Arranging Music for the Real World: Classical and Commercial Aspects. Pacific, MO: Mel Bay. ISBN 0-7866-4961-5. OCLC 50470629. 
  • Hanning, Barbara Russano, Concise History of Western Music, based on Donald Jay Grout & Claudia V. Palisca's A History of Western Music, Fifth Edition. Published by W. W. Norton & Company, New York, Copyright 1998. ISBN 0-393-97168-6.
  • Kliewer, Vernon (1975). "Melody: Linear Aspects of Twentieth-Century Music", Aspects of Twentieth-Century Music, p. 270-301. Wittlich, Gary (ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. ISBN 0-13-049346-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]