Tekukur Berlian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tekukur Berlian
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Khordata
Kelas: Burung
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Genus: Geopelia
Spesies: G. cuneata
Nama binomial
Geopelia cuneata
(Latham, 1801)
Taburan Tekukur Berlian
Tekukur Berlian

Tekukur Berlian (Geopelia cuneata) adalah sejenis burung yang berasal dari Australia. Tukukur ini hidup dan membiak di kawasan berhampiran air tetapi sedikit kontang atau separuh kontang di Australia Tengah, Barat ataupun Utara. Ia merupakan salah satu daripada spesies merpati terkecil di Australia selain Peaceful Dove. Tekukur Berlian kadang kala boleh dijumpai di taman-taman di Australia apabila bahagian tengah Australi mengalami musim yang sangat kering.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Tekukur Berlian merupakan sejenis merpati kecil dengan panjang sekitar 19 hingga 21 sentimetre. Walau apapun jantinanya, ia memiliki bintik putih dan warna hitam pada hujung sayapnya, bermata oren dengan cincin mata berwarna merah. Rupa burung jantan dan betina seolah-olah serupa kecuali cincin mata bagi burung betina lebih pudar dan mempunyai warna perang yang lebih banyak pada bulunya. Warna kepala, leher dan dada pada burung jantan berwarna kelabu-biru cair. Paruhnya pula berwarna kelabu gelap. Perut berwarna krim manakala belakang dan ekor pula berwarna perang-kelabu. Kaki berwarna merah jambu. Anak Tekukur Berlian memiliki warna perang muda; mata dan cincin mata adalah berwarna perang cair; kaki berwarna kelabu; dada kelabu dan mereka tidak memiliki sebarang bintik putih pada sayapnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]