Ketelanjangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Telanjang)
Calon-calon pemuda yang memasuki Kor Marin telanjang menjalani pemeriksaan fizikal di San Francisco, 1941.

Ketelanjangan[1] atau kebogelan[2] adalah keadaan badan seseorang yang tidak memakai pakaian atau tidak ditutupi apa-apa pun - yakni, telanjang[1] atau bogel[2] sehingga menampakkan dan mendedahkan kulit keseluruhan anggota badan termasuk kemaluan sendiri.

Seni garis menunjukkan seorang lelaki dan wanita bogel direka untuk mendidik makhluk asing mengenai badan manusia, dari Plak Pioneer.

Kebogelan mungkin timbul dalam banyak situasi, baik dalam konteks seksual atau bukan-seksual. Perbuatan berbogel selalunya dilakukan oleh manusia ketika ia sedang melakukan persetubuhan, atau pencucian/pembersihan (pakaian ataupun tubuhnya) secara bersendirian di dalam ruangan tertutup seperti di dalam tandas. Namun ada juga manusia yang berbogel ketika tidur, sementara ada juga bertelanjang pada situasi yang berlainan misalnya seperti untuk tujuan keselamatan dan peragaan diri. Tempoh bagi seseorang itu bertelanjang juga berbagai bergantung kepada situasi, dengan beberapa orang memilih untuk hidup gaya hidup telanjang, sementara yang lain melakukannya cuma sekejap, seperti pada ekshibisionisme, atau kadang-kala, seperti berenang secara bertelanjang. Ketelanjangan telah digambarkan dalam berbagai media, kesenian, fotografi, filem dan di Internet. Ini merupakan faktor dalam hiburan dewasa dari berbagai jenis. Ketelanjangan di hadapan orang lain dapat menimbulkan kontroversi kerana ketelanjangan bukanlah merupakan suatu budaya yang boleh suka-suka ditonjolkan kepada masyarakat secara bebas.

Banyak orang memiliki pandangan yang amat kuat tentang kelakuan bertelanjangan, yang kepada mereka mengangkat isu-isu dan standard dari kerendahan hati, kesopanan dan moraliti. Pada waktu yang sama, aspek erotik dari ketelanjangan telah menarik penonton pada setiap saat dalam sejarah manusia.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kebogelan secara kasarnya dibahagikan kepada 2 situasi yang berbeza iaitu:

  • Telanjang bulat: bertelanjang bebas tanpa mengenakan seurat benang atau kain bagi menutup tubuh khususnya pada bahagian alat sulit/bahagian intim individu.
  • Telanjang separa: keadaan di mana mengenakan pakaian atau kain masih dikenakan untuk menutup bahagian sulitnya, namun penutupan tersebut agak terhad dan masih mendedahkan susuk tubuh dan seolah-olah kelihatan bertelanjang atau tanpa mengenakan pakaian (misalnya dalam keadaan masih berpakaian dalam atau pakaian mandi).

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Beriadah[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa kegiatan yang dilakukan dalam keadaan bogel ini termasuk lumba lari, berbasikal dan sebagainya. Di Eropah, ada sebilangan kawasan pantai khusus di mana para pengunjung digalakkan bertelanjang semasa beriadah malah sebarang pakaian diharamkan.

Yoga itu sendiri pernah lazim dilakukan dalam keadaan kurang berpakaian sejak zaman dahulu lagi, ia pernah dicatat dalam kitab Bhagavata Purana dari abad ke-7.

Kaum lelaki masyarakat Yunani Purba digalakkan bertelanjang semasa bersukan di mana ia dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus[3]) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pesukan. Malah, sikap berpakaian semasa bersukan ini atau rasa malu berbogel sebagai sikap kegasaran.[4]

Bermandi[sunting | sunting sumber]

Sekeluarga bertelanjang di Tasik Senftenberg, Jerman (gambar bertarikh 1983)

Sauna sering digunakan dalam keadaan tidak berpakaian langsung seperti di rantau Skandinavia[5][6] serta di negara-negara berbahasa Jerman (termasuk Jerman dan Austria).[6] Sauna-sauna Skandinavia sering mengasingkan pengguna mengikut jantina namun Eropah Barat - termasuk Switzerland, Belgium, Belanda dan Luxembourg[a] - tidak begitu.[b]<refname="Kast"/>

Masyarakat Jepun digalakkan berbogel semasa dalam permandian baik di bangunan awam khusus (sentō) atau rumah penginapan mata air panas (onsen).[8] Mereka selalunya mandi secara campur jantina namun semakin kurang lazim sejak zaman Meiji.[9] Tempat permandian sering diasingkan mengikut jantina di kawasan kota[10]

Adab di rumah permandian jjimjilbang di Korea bergantung mengikut jenis - para pelawat mesti berpakaian jika rumah tersebut bercampur jantina, namun pelawat mesti bertelanjang di rumah yang khusus jantina tertentu sahaja.[11][8]

Bertelanjang menjadi suatu pilihan dalam permandian awam di Rusia yang diasingkan mengikut jantina pengunjung.[8]

Seni[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ German text: "Dass Männer und Frauen zusammen splitternackt schwitzen, ist eine deutsche Spezialität, für die sich nur noch Urlauber aus den Benelux-Staaten, aus Österreich und der Schweiz erwärmen können, vielleicht auch noch Osteuropäer".[7] English translation: "The fact that men and women sweat together stark naked is a German specialty that only tourists from the Benelux countries, Austria and Switzerland can warm to, maybe even Eastern Europeans".
  2. ^ German text: "In den Fitnesszentren und Kuranstalten wurde das finnische Bad, oft großzügig ausgestaltet zu ganzen Saunalandschaften, zum selbstverständlichen Angebot. Bemerkenswert ist, dass dort heute zumeist auf getrennte Badezeiten für Männer und Frauen verzichtet wird. Nacktheit von Mann und Frau in der Sauna wird hier längst akzeptiert und das hat ein positives soziales Gesamtklima erzeugt, das selbstregulierend – die seltenen Ausnahmen bestätigen die Regel – das Verhalten der Badegäste bestimmt. Verpöhnt ist [...] der Versuch, sich in Badekleidung [...] unter die Nackten zu mischen".[6] English translation: "In the fitness centers and health resorts, the Finnish bath, often designed generously to complete sauna landscapes, was a natural offer. It is noteworthy that today there is usually no separate bathing times for men and women. Nakedness of men and women in the sauna has been accepted for a long time and that has created a positive overall social climate. Self-regulation – the rare exceptions confirm the rule – determines the behavior of the bathers. Pampered is the attempt [...] to mix in bathing clothes among the naked ones".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lihat:
    • "telanjang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 28 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • "telanjang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ a b Lihat:
    • "bogel". Kamus Dewan (ed. ke-4). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2017.
    • "bogel". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ Pausanias (ahli geografi), Guide to Greece, 4.32.1
  4. ^ Adams 2005, m/s. 57.
  5. ^ Daney 1998.
  6. ^ a b c Scheuch, Manfred (2004). Nackt; Kulturgeschichte eines Tabus im 20. Jahrhundert [Nudity: A Cultural History of a taboo in the 20th century] (dalam bahasa Jerman). Vienna: Christian Brandstätter Verlag. m/s. 156-. ISBN 978-3-85498-289-0.
  7. ^ Kast, Günter (18 November 2014). "Bekleidung in der Sauna: Was haben Sie denn an?" [Clothing in the Sauna: What are you wearing]. Frankfurter Allgemeine Zeitung (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 3 September 2019.
  8. ^ a b c Sood, Suemedha (30 November 2012). "The origins of bathhouse culture around the world". BBC Travel. Dicapai pada 15 November 2019.
  9. ^ Hadfield, James (10 December 2016). "Last splash: Immodest Japanese tradition of mixed bathing may be on the verge of extinction". The Japan Times. Dicapai pada 19 November 2019.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Japan tidak disediakan
  11. ^ Milner, Rebecca (23 August 2019). "First-time jjimjilbang: how to visit a Korean bathhouse". Lonelyplanet.com. Dicapai pada January 30, 2021.
Sumber utama