Telefon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telefon

Telefon (Jawi: تيليفون) ialah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaannya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat dan secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui isyarat elektrik dipancarkan mikrofon yang menyambut suara seorang pemanggil melalui jaringan telefon rumit yang diterima dan ditukarkan kembali kepada gelombang suara pada penerima seorang pengguna telefon lain yang mendengar.[1] Terdapat telefon awam yang mengutip sedikit bayaran bergantung kepada tempoh penggunaan bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan telefon berasal daripada Inggeris telephone atau Belanda telefoon yang berasal daripada bahasa Yunani lakuran tele = "jauh" dan phone = "suara" bererti "kawat bicara".[2] Ungkapan ini mula dicetuskan dalam bahasa Jerman yang serumpun melalui kata Telephon dalam suatu makalah tulisan ahli hisab Johann Sigismund Gottfried Huth yang mengusulkan suatu sistem komunikasi antara dua titik jauh melalui alat pemekik serupa megafon (Sprachrohre) semasa mengulas sebuah buku mengenai alat akustik nukilan Johann Heinrich Lambert.[3][4][5] Dialek tuturan masyarakat Pattani pula menggunakan torosak pinjaman langsung Bahasa Thai: โทรศัพท์ toorá-sàp yang sendirinya serapan Sanskrit: दूरशब्द, rumi: dūraśabda lakuran दूर dūra "jauh" dan शब्द śabda "kata" pinjaman terjemah ungkapan Yunani asal.[6]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat prinsip utama yang mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, yang mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; tanpa wayar dan telefon radio, yang menggunakan sama ada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.

Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik gelombang mikro atau siaran satelit.

Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. Telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit ialah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. Tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.

Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio Meucci, Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak tuntutan dan tuntutan balik berlaku, yang mana ia tidak diperjelas oleh pihak yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang supaya dapat menyelesaikan pertikaian individu yang menuntuk hak paten masing-masing.

Pembangunan awal[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

Robert Hooke mencipta telefon tali yang menyampaikan isyarat melalui getaran. Ia telefon bukan elektronik pertama yang dicipta.[7]
Charles Morrison mencadangkan idea bahawa elektrik boleh digunakan untuk menghantar mesej dengan menggunakan wayar yang berbeza.[7]
Saintis Amerika, Joseph Henry membina sistem telegraf yang menggunakan elektrik dan mengaktifkan elektromagnetik yang membunyikan loceng.[7]
Samuel Morse mencipta mesin telegraf pertama yang menyampaikan isyarat telekomunikasi dalam bentuk log rekod titik yang merujuk kepada sesuatu abjad.[7]
Alexander Bain mencipta mesin faksimili yang mampu menerima dan menghantar isyarat telegram dan menterjemahkannya dalam imej bergambar.[7]
Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.
Samuel Morse kemudiannya mencipta mesin telegraf dikenali sebagai "Kod Morse". Seterusnya memperkenalkan sistem telegraf.[7]
  1. Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break pemancar telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
  2. Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.
  1. Johann Philipp Reis
  2. Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Pulau Staten.
Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.
Meeucci memfailkan satu paten caveat.
Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.
Gray mendemonstrasi telefon pemancar cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.
Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.
Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, pemancar atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).
  1. Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.[8]
  2. Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.
Bell mempatenkan telefon dengan pemancar-penerima elektrodinamik.
Telefon awam pertama dipasang di Sydney, Autralia.[7]
Dr Arthur Korn yang mencipta faksimili yang seterusnya memperkenalkan sistem foto-elektrik.[7]
Edouard Belin memperkenalkan konsep mesin faks yang mampu menghantar imej dan laporan.[7]
Sistem telefon menggunakan frekuensi radio tanpa wayar diperkenalkan khususnya dalam bidang perhubungan dan ketenteraan.[7]
Sistem telegraf diperkenalkan dalam fungsi automatik sepenuhnya.[7]
Sistem penyampai radion satelit diperkenalkan.[7]
Telefon mudah alih diperkenalkan.[7]
Telefon analog mudah alih pertama dicipta dengan fungsi penyimpanan nombor, mod dail semula dan tetapan panggilan.[7]
telefon awam menggunakan sistem kad prabayar diperkenalkan.[7]
Telefon mudah alih digital pertama diperkenalkan.[7]
Telefon dikenali sebagai unit PDA (pembantu peribadi digital) diperkenalkan.[7]
  • 1998
    Set telefon pintar mula diperkenalkan.[7]

Telefon digital[sunting | sunting sumber]

Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium transmisi (dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan kepada isyarat digital. Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO, dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakan pembawa SONET.

Sistem telefon tanpa wayar[sunting | sunting sumber]

Untuk artikel utama, lihat Sistem Telefon Tanpa Wayar.

Telefon Bimbit[sunting | sunting sumber]

Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Selalunya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilnya dengan istilah mobile, AS dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.

Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Hal ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon. Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon, seterusnya menambahkan popularitinya.

Telefon Kordles[sunting | sunting sumber]

Gagang telefon kordles

Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan dari mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik. Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi (FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar (802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa channels digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.

Telefon selular[sunting | sunting sumber]

Sistem telefon bimbit moden berstruktur sel. Radio digunakan untuk berhubung antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.

Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh dari mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.

Frekuensi radio ialah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah tahap tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.

Telefon Tanpa Kord/Bergerak[sunting | sunting sumber]

Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.

Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.

VoIP Telephony[sunting | sunting sumber]

Sebiji telefon VoIP berasaskan WiFi

Juga dikenali sebagai lelefon Internet atau Suara melalui IP (Voice over IP) (VoIP), telefon digital ialah teknologi mengganggu (disruptive technology) yang menggantikan jaringan telefon tradisional dengan pantas. Di Jepun dan Korea, sehingga 10% pelanggan, pada Januari 2005, telah bertukar daripada perkhidmatan telefon digital analog kepada digital.

Telefon digital menggunakan sambungan Internet jaringan luas untuk memancar perbualan sebagai pakej data. Selain menggantikan PSTN, telefon digital turut bersaing dengan jaringan telefon bimbit dengan menawarkan kos penyambungan yang lebih rendah atau percuma melalui WiFi hotspot. Sebagaimana disebut di atas, VoIP juga digunakan pada jaringan tanpa wayar yang mungkin atau tidak mempunyai sambungan dengan jaringan telefon luar.

Makmal pengkajian perkakas telefon[sunting | sunting sumber]

Bell Labs is a noted telephone equipment research laboratory, amongst its other research fields.

Syarikat pengendalian telefon[sunting | sunting sumber]

Di sesetengah negara, banyak syarikat operator telefon (biasanya disingkatkan menjadi telco) adalah dalam persaingan untuk menyediakan perkhidmatan telefon. Antaranya termasuk mereka di dalam senarai berikut. Bagaimanapun, senarai tersebut hanya meliputi penyedia wayar tembaga dari Ibu Sawat ke pengguna, bukan mereka yang hanya menyediakan Voice over IP atau yang hanya menghantar isyarat suara antara ibu-ibu sawat. Lihat juga: Senarai Syarikat Operator Telefon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Huurdeman, Anton A. (2003). The Worldwide History of Telecommunications, IEEE Press and J. Wiley & Sons, 2003. ISBN 0-471-20505-2

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Carilah telefon dalam Wiktionary, kamus bebas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "United States Coast Guard Sound-Powered Telephone Talkers Manual, 1979, p. 1" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-05-14. Dicapai pada 2018-05-13.
  2. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "telefoon (H), telephone (E).". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 293. "Hoeboengan dengan kawat boewat bitjara dari satoe tempat ka lain tempat. (Perkatahan Griek: tele, artinja djaoe. phone, artinja swara).
  3. ^ Huth, Gottfried (1796). Lambert, J. H.: Abhandlung ueber einige akustische Instrumente. Aus dem Französischen ... nebst Zusätzen über das so genannte Horn Alexanders des Großen, über Erfahrungen mit einem elliptischen Sprachrohre ... . Berlin: Realschule. m/s. 358-359.
  4. ^ Feldhaus, Franz Maria (1914). "Die Technik der Vorzeit, der geschichtlichen Zeit und der Naturvölker. Ein Handbuch für Archäologen und Historiker, Museen und Sammler, Kunsthändler und Antiquare", Leipzig: Engelmann.
  5. ^ Holzmann, Gerard J.; Pehrson, Björn, The Early History of Data Networks, pp. 90–91, Wiley, 1995 ISBN 0818667826.
  6. ^ Rujuk:
    • Abdonloh Khreeda-Oh; Hishamudin Isam; Mashetoh Abd Mutalib (Januari 2022). "The Borrowing Processes of Thai Language in Patani Malay Dialect in Thailand". International Journal of Multidisciplinary Research and Analysis. 05 (01): 16. doi:10.47191/ijmra/v5-i1-02.
    • Navawongs, M. L. Chirayu (1975). "Sanskrit Words in the Thai Language". Dalam Raghavan, V. (penyunting). Proceedings of the First International Sanskrit Conference, March 26-31st 1972. 2. Ministry of Education and Social Welfare, Government of India. m/s. 352.
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Metro Ahad, Info Grafik, Halaman 32-33, Capaian 9 Jun 2013.
  8. ^ US 174465  Alexander Graham Bell: "Improvement in Telegraphy" filed on February 14, 1876, granted on March 7, 1876.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]