Teleologi dalam biologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Perilaku dengan suatu tujuan": seekor springbok muda sedang melompat ke udara dengan empat kakinya sekaligus.[1][2] Seorang pakar biologi mungkin akan berpendapat bahawa perilaku ini memiliki fungsi memberi isyarat kepada pemangsa, sehingga membantu springbok bertahan hidup dan membiak.

Teleologi dalam biologi ialah penggunaan bahasa yang berhujah bahawa adaptasi evolusioner memiliki suatu tujuan. Istilah teleonomi juga telah diusulkan untuk menyebut penggunaan bahasa sedemikian. Sebelum Charles Darwin mengemukakan teori evolusinya, organisme diyakini sebagai hasil "rancangan" dan "ciptaan" Tuhan; menurut teologi alam, organ dan perilaku haiwan "diciptakan" sesuai dengan fungsinya, misalnya mata "diciptakan" dengan tujuan untuk melihat. Pakar biologi evolusioner sering menggunakan bahasa teleologi mengenai adanya tujuan, misalnya dengan menyatakan bahawa "tangan primat dicipta untuk menggenggam", tetapi yang dimaksud dengan "dicipta" di sini bukanlah dicipta oleh Tuhan, tetapi oleh pemilihan semula jadi. Dalam sejarah pemikiran evolusi sendiri terdapat pandangan bahawa evolusi memiliki suatu tujuan (ortogenesis), dan menurut pandangan vitalisme, didorong oleh suatu daya pendorong hidup yang memiliki suatu tujuan. Kedua-dua pandangan ini tidak diterima oleh ahli sains moden, dan konsensus saintifik menyatakan bahawa evolusi berlangsung melalui mekanisme pemilihan semula jadi berdasarkan variasi yang diwarisi. Oleh itu, penggunaan bahasa teleologi dianggap bermasalah oleh beberapa pakar biologi dan falsafah sains, dan telah dilakukan upaya untuk mengajar mahasiswa-mahasiswa biologi untuk tidak menggunakan bahasa teleologi.

Walaupun begitu, pakar biologi masih sering menulis mengenai evolusi jika organisme memiliki tujuan, dan beberapa pakar biologi seperti Francisco Ayala dan ahli falsafah biologi seperti JBS Haldane merasakan bahawa bahasa teleologis tidak dapat dihindari dalam bidang biologi evolusi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Teleological Notions in Biology". Stanford Encyclopedia of Philosophy. 18 May 2003. Dicapai pada 28 July 2016.
  2. ^ Caro, TM (1986). "The functions of stotting in Thomson's gazelles: Some tests of the predictions". Animal Behaviour. 34 (3): 663–684. doi:10.1016/S0003-3472(86)80052-5.