Televisyen di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jurukamera MetroTV di Stadium Bung Karno Jakarta, melaporkan perlawanan Piala Suzuki AFF 2010.

Televisyen di Indonesia (dalam bahasa baku negara tersebut: televisi[1]) dimulakan pada 1962 semasa upacara pembukaan Sukan Asia 1962 apabila stesen Televisi RepubIik (TVRI) kendalian pemerintah Indonesia mula bersiaran – negara ketiga di Asia Tenggara yang berbuat demikian. TVRI memegang monopoli televisyen di Indonesia sehingga 1989 apabila stesen komersial pertama, Rajawali Citra Televisi Indonesia bermula sebagai stesen tempatan dan kemudiannya diberikan lesen penyiaran senegara setahun kemudian. Penyiaran televisyen Indonesia dikawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kemenkominfo) dan Komisi Penyiaran Indonesia (KPI).

Setiap rangkaian mempunyai pelbagai jenis program, daripada rancangan tradisional, seperti persembahan wayang, kepada program berasaskan Barat seperti Indonesian Idol, Family Feud, MasterChef, Top Model, dan The Voice. Satu rancangan televisyen tipikal yang biasa kepada hampir setiap rangkaian ialah sinetron[2] Sinetron biasanya siri drama, mengikut format drama lipur lara, tetapi juga boleh merujuk kepada mana-mana siri fiksyen. Kadangkala ia boleh menjadi komedi, seperti siri Bajaj Bajuri yang popular, menampilkan pemandu bajaj dan orang yang dipandunya.

Terdapat beberapa anugerah yang diberikan untuk kecemerlangan dalam televisyen Indonesia, terutamanya Panasonic Gobel Awards dan Indonesian Television Awards, serta Anugerah KPI yang dipegang oleh KPI.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rujukan silang:
    • "televisi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "televisi". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ Sinetron lakuran sinema elektronik

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]