Telipok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
deretan kedai di pekan Telipok
deretan kedai baru pekan Telipok

Telipok adalah pekan yang terletak kira-kira 15 kilometer ke utara Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak dibawah pengelolaan dan administratifDewan Bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan sub-daerah di bandar Kota Kinabalu. Ia juga merupakan sebahagian kepada rancangan pembangunan bandar Kota Kinabalu atau sebahagian kepada kawasan metropolitan. Ia terletak berhampiran Taman Industri Kota Kinabalu, dan terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Menggatal, Sepanggar, dan Tuaran juga di negeri Sabah, Malaysia.

ASAL USUL

Nama 'Telipok' berasal dari bahasa Dusun yang merujuk kepada bunga teratai. Memandangkan pada waktu tersebut, tasik dan parit dipenuhi dengan bunga teratai, masyarakat menamakan pekan kecil ini sebagai 'Telipok'. Kampung yang terdekat dengan pekan Telipok ialah Kampung Maruah Sumagid dan juga Kampung Masjid(Yang kini sudah tiada kerana tanah dibeli oleh KKIP). Majoriti penduduk sekitar kawasan Telipok ialah berbangsa Dusun, Sino, Cina, Bajau, Bugis, dan Suluk.


SEJARAH Nama 'Telipok' berasal dari bahasa Dusun yang merujuk kepada bunga teratai. Memandangkan pada waktu tersebut, tasik dan parit dipenuhi dengan bunga teratai, masyarakat menamakan pekan kecil ini sebagai 'Telipok'. Menurut sejarah nenek moyang, kawasan Telipok adalah kawasan berperang pada Perang Dunia ll. Salah satu artifak akibat daripada peperangan tersebut ditemui di sebuah kawasan lapang bertempat di kampung Maruah Sumagid. Artifak tersebut merupakan sebilah pedang samurai. Mengikut cerita, samurai tersebut terlalu tajam sehinggakan menyentuh bahagian bilahnya sahaja boleh menyebabkan luka.


Cerita Rakyat

Ada lagi sejarah mengisahkan tentang seekor naga yang bersembunyi di sebuah gua yang terletak di kampung Lawa Mondou Telipok. 'Mondou' bermaksud naga dalam bahasa kadazandusun. Mitos mengatakan gua tersebut dipenuhi dengan emas namun mitos tersebut disangkal kerana selepas kajian dibuat, gua tersebut masih wujud sehingga kini namun jalan masuknya telah tertutup akibat runtuhan.


Kampung Maruah sumagid Telipok

Kampung ini antara kampung yang tertua di Telipok dan mempunyai lebih kurang 500 penduduk sahaja. Kampung ini sebelumnya diduduki oleh bangsa dusun, cina, sino, bajau sahaja, lalu pada tahun 2005, pendatang tanpa izin semakin banyak mendiami kampung ini. kampung ini terkenal disekitar Telipok kerana suatu ketika masa dahulu, ia mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang terkuat. Kampung ini juga telah melahirkan ahli gusti lengan yang telah mewakili Malaysia. Kampung ini dilengkapi dengan sebuah dewaan serbaguna dan sebuah gelanggang futsal.

Menurut orang-orang tua, kampung ini mempunyai 'bobohizan' pada zaman dahulu. namun kerana agama telah mulai berkembang, adat dan tradisi kampung ini telah mula hilang beberapa dekad yang lalu. Kampung ini juga dikatakan 'keras' kerana dipercayai terdapat sebuah lokasi di dalam kampung ini didiami bunian. Salah seorang penduduk kampung pernah terserempak bunian ini ketika majlis kahwin penduduk tersebut. Pada tahun 2007, sebuah jalan menghubungkan bahagia belakang kampung di bina. Ketika penurapan jalan dan membuat jalan, seorang pengendali jentera berat secara tidak sengaja mengorek kubur nenek moyang penduduk kampung ini. Kawasan yang diratakan itu merupakan tempat pengebumian nenek moyang. Beberapa 'tajau' (Keranda zaman dahulu yang berbentuk pasu besar) telah pecah lalu pemaju telah diarahkan membayar 'sogid'. Setelah jalan tersebut selesai, sesiapa yang melalui kawasan tersebut akan diganggu jika tidak minta kebenaran untuk melalui kawasan itu.

Credit - Frederic Mining

.




Koordinat: 6°05′N 116°12′E / 6.083°N 116.200°E / 6.083; 116.200