Teluk Babi
Teluk Babi (bahasa Sepanyol: Bahía de Cochinos, juga dikenali Playa Girón) adalah serokan di Teluk Cazones di selatan persisiran pantai Cuba. Ia terletak di wilayah Matanzas, timur Paya Zapata, selatan Jaguey Grande dan barat bandar Cienfuegos. Terjemahan bagi Cochinos sebagai babi kemungkinan salah kerana di tempat tersebut perkataan itu mungkin merujuk kepada sejenis spesis ikan (Balistes vetula) dan bukannya babi.
Tempat ini merupakan tempat cubaan gagal Serangan Teluk Babi pada 17 April 1961 oleh 1,400 orang pasukan bersenjata warga Cuba dalam buangan yang disokong oleh CIA serta beberapa orang rakyat Amerika. Ramai berpendapat serangan ini diarahkan oleh Presiden John F. Kennedy sebagai cubaan untuk menggulingkan Fidel Castro. Serangan dimulakan dengan pengeboman lapangan kapal terbang pada hari Sabtu 15 April 1961. Pada 20 April 1961, Fidel Castro mengisytiharkan kerajaannya berjaya mematahkan serangan.