Temari (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Temari.jpg
Temari

Temari adalah salah satu watak dalam siri manga dan anime Naruto.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Temari ialah anak sulung kepada Kazekage Keempat. Maka, dia ialah kakak kepada Kankuro dan Gaara. Secara keseluruhannya, Temari bersifat penyayang (tetapi secara kasar) dan selalu menyuarakan fikirannya.

Temari mendedahkan ketiga-tiga 'bintang' pada kipasnya

Dalam pertempuran, Temari menggunakan kipas gergasinya untuk menyerang. Dia juga boleh menggelongsor di atas kipasnya tetapi bagi jarak pendek sahaja. Pada kipasnya terdapat tiga bulatan ungu yang dipanggil 'bintang' oleh Temari. Apabila kipas ini dibuka untuk mendedahkan setiap 'bintang', keupayaan menyerang kipas tersebut turut bertambah. Jika kipas ini dibuka sepenuhnya, Temari boleh menggunakan jurus 'Kamaitachi no Jutsu, カマイタチの術' (Belahan Pusaran Angin) untuk mencipta puting beliung agar dapat menyerang pihak lawan yang berada jauh daripadanya. Sikap Temari yang analitik memberinya kebolehan membuat deduksi terhadap rancangan pihak lawan yang seterusnya dan mengagak kelemahan pihak lawan.

Templat:Endspoiler

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.