Tembikai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tembikai
Semangka
Mendikai
Yosri2005BuahTimunCina.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. lanatus
Nama binomial
Citrullus lanatus

Tembikai (Jawi: تمبيکاي), mendikai (disebut [mĕn.di.kai], Jawi: منديکاي‎),[1] semangka (disebut [sĕ.mang.ka], Jawi: سمڠک‎)[2], atau timun Cina (Jawi: تيمون چينا‎, nama botani: Citrullus lunatus) merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Ia buah-buahan yang banyak ditanam di seluruh dunia dengan lebih daripada seribu jenis.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

"Tembikai" dan "mendikai" meminjam dari bahasa Tamil கொம்மட்டிக்காய் kommaṭṭikkay,[3]:78 istilah கொம்மட்டி kommaṭṭi yang berkaitan juga memberi maksud sejenis timun;[4] perkataan "mendikai" yang muncul dahulu sebelum ia kemudian terubah sebutannya sebagai "tembikai"[3]:78 yang lebih dikenali seperti di Deli dan Sumatera.[5]

"Semangka" pula dipakai di beberapa tempat seperti Johor dan Singapura.[6]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini berasal dari kawasan timur laut Afrika,[7] penjelajah Afrika David Livingstone melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan tsamma. Penanaman tumbuhan ini untuk mendapatkan makanan boleh dibuktikan seawal alaf ke-2 SM di Mesir Purba di mana spesies C. lanatus dan C. colocynthis dijumpai di sekitar lembah Sungai Nil lagi-lgi di makam firaun Tutankhamun[8] Baah ini pada ketika ini ditanam khususnya sebagai sumber air yang dapat digunakan pada musim kemarau baik dimakan atau dimanfaatkan sebagai bekas menyimpan air.[9] Biji-biji buah mendikai turut ditemui dalam tapak tamadun awal di Bab edh-Dhra dan Tel Arad sekitar Laut Mati di Palestin.[10]

Orang Moor memperkenalkan buah ini ke Andalusia meluas ke Semenanjung Iberia dengan bukti penanamaman didapati paling awal di Córdoba (961) dan Sevilla (1158); ia kemudiannya merebak di Selatan Eropah sebagai tanaman pilihan mengisi hasil tuaian yang barangkali tidak mencukupi pada musim-musim panas. Ia turut dijadikan suatu tanaman hiasan pada abad ke-17.[11]

Dari benua Afrika, buah ini diperkenalkan ke benua-benua Dunia Baru oleh para penjajah Eropah dan hamba abdi yang didagangkan. Ia paling awal ditanam penjajah Sepanyol di Florida pada tahun in 1576.; malah buah ini turut dimanfaatkan masyarakat peribumi Amerika Utara sejauh lembah sungai Mississippi. Pelayaran-pelayaran dilakukan peneroka Eropah seperti Captain James Cook memperkenalkan buah ini ke banyak kepulauan di Lautan Pasifik sampai ke Hawaii.[11]

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana anggota suku ketimun-ketimunan lainnya, habitus tanaman ini merambat namun ia tidak dapat membentuk akar yang menjalar malah tidak dapat memanjat tempat yang lebih tinggi. Jangkauan rambatan ia dapat mencapai belasan meter.

Daunnya berlekuk-lekuk di tepinya. Bunganya sempurna, bersaiz kecil berwarna kuning, dengan diameter 3 sm. Dua jenis bunga berputik daripada satu tumbuhan sekaligus iaitu bunga jantan yang hanya memiliki stamen, dan bunga hermafrodit yang memiliki kedua-dua stamen dan pistillum; bunga jenis kedua ini dapat dikenali daripada adanya ovarium pada bahagian pangkal bunga berupa pembesaran berbentuk bujur.

Buah yang dihasilkan berkulit tebal dan keras dengan corak berwarna hijau pekat atau hijau muda dengan larikan hijau tua. Isi buahnya kelihatan berair serta berwarna merah pekat sampai kejambuan, kuning malahjuga putih[11][12] bergantung kepada jenis kultivar yang dipilih.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini hidup subur di kawasan subtropika atau tropika di mana ia memerlukan suhu lebih tinggi daripada 25 °C (77 °F) dengan pH tanah antara 5.5 hingga 7 serta kadar nitrogen yang sederhana.[13]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah ini enak dimakan mentah dipotong mahupun dikisar menjadi jus.[14][15]

Biji-bijinya boleh dikeringkan atau dipanggang untuk dimakan terus mahupun dikisar menjadi tepung.[12] Ia merupakan jamahan tradisi Tahun Baru Cina di tanah besar China.[16] Orang di Vietnam turut memakannya ketika sambutan Tết.[17]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "mendikai". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "semangka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 63–93. doi:10.4000/archipel.490.
  4. ^ "கொம்மட்டி". University of Madras Tamil Lexicon. University of Madras. 2015. m/s. 1154 – melalui Digital Dictionaries of South Asia. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  5. ^ Lihat:
    • "tembikai". Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 106.
    • "tembikai". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 149, 220.
  6. ^ "Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai". Flora and Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  7. ^ Renner, S. S. (2017). "Chromosome numbers, Sudanese wild forms, and classification of the watermelon genus Citrullus, with 50 names allocated to seven biological species". Taxon. 66 (6): 1393–1405.
  8. ^ Zohary, Daniel; Hopf, Maria (2000). Domestication of Plants in the Old World (ed. ke-3). Oxford University Press. m/s. 193. ISBN 0-19-850357-1.
  9. ^ Strauss, Mark (21 Ogos 2015). "The 5,000-Year Secret History of the Watermelon". National Geographic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  10. ^ Amar, Zohar (5 Disember 2016). Arabian Drugs in Medieval Mediterranean Medicine. Edinburgh University Press. ISBN 9781474413183. Dicapai pada 26 August 2019.
  11. ^ a b c Maynard, David; Maynard, Donald N. (2012). "6: Cucumbers, melons and watermelons". Dalam Kiple, Kenneth F.; Ornelas, Kriemhild Coneè (penyunting). The Cambridge World History of Food, Part 2. Medical History. 46. Cambridge University Press. m/s. 267–270. doi:10.1017/CHOL9780521402156. ISBN 978-0-521-40215-6. PMC 1044500. PMID 16562324.
  12. ^ a b "Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai". South Africa National Biodiversity Institute. Dicapai pada 4 October 2014.
  13. ^ Brickell, Christopher (ed) (1992). The Royal Horticultural Society Encyclopedia of Gardening (Print). London: Dorling Kindersley. m/s. 333. ISBN 978-0-86318-979-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  14. ^ "Watermelon". g Marketing Resource Center, US Department of Agriculture, Iowa State University. 2017. Dicapai pada 9 May 2017.
  15. ^ "Top 10 ways to enjoy watermelon". Produce for Better Health Foundation, Centers for Disease Control, US National Institutes of Health. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-19. Dicapai pada 9 May 2017.
  16. ^ Shiu-ying Hu (2005). Food Plants of China. Chinese University Press. m/s. 125. ISBN 978-962-996-229-6.
  17. ^ The Asian Texans By Marilyn Dell Brady, Texas A&M University Press

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z