Tempat pertandingan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi

Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat )
  • Rumusan kronologi

Terdapat 35 gelanggang yang akan digunakan untuk menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024[1], dan sebanyak 95 peratus daripada jumlahnya merupakan kemudahan sukan yang sedia ada atau struktur yang sementara.[2] Hanya dua gelanggang, Pusat Akuatik yang terletak di Saint-Denis dan Pusat Memanjat Le Bourget, merupakan bangunan baharu yang akan dibina untuk tujuan penganjuran temasya sukan ini.[3] Sebanyak 14 gelanggang acara terletak dalam jarak 10km dari Kampung Olimpik dan Paralimpik,[1] dan kesemua gelanggang boleh dicapai dengan pengangkutan awam.[4] Selain itu, pelbagai acara juga akan diadakan di lokasi terkenal Paris, seperti Menara Eiffel (bola tampar pantai, bola sepak buta), Champs Elysees (triatlon dan para triatlon, maraton, lumba basikal lebuh raya), Istana Versailles (ekuestrian Olimpik dan Paralimpik) dan sebagainya.[2]

Semasa proses pembidaan, sebuah pusat akuatik sementara dan dua gelanggang (untuk menganjurkan bola tampar, bola tampar duduk, lawan pedang kerusi roda, boccia, badminton dan para badminton) yang baharu telah dicadangkan. Namun begitu, pihak penganjur Paris 2024 telah membatalkan rancangan tersebut disebabkan kos yang tinggi. Akibat daripada perubahan tersebut, acara renang dan polo air telah dipindahkan ke Arena La Défense, boccia dan bola tampar ke Paris Expo, beberapa acara gimastik dipindahkan ke Arena Bercy, badminton dan para badminton ke Arena La Chapelle, rugbi ke Stade de France, lawan pedang ke Grand Palais, bola tampar duduk ke Stade Roland Garros dan bola baling di Lille.[4][5] Pada masa yang sama, bilangan stadium untuk menganjurkan bola sepak juga dikurangkan dari tujuh ke enam. Acara luncur air yang baru ditambah akan diadakan di Tahiti, Polinesia Perancis[6], manakala sukan urban yang baru ditambah seperti breakdancing dan papan luncur akan diadakan di Place de la Concorde.[7]

Ekoran wujudnya kontroversi mengenai keadaan gelanggang di Paris Expo Porte de Versailles,[8] pusingan awal bagi acara bola keranjang telah dipindah ke Stade Pierre-Mauroy. Pusingan awal bola baling pula akan dipindah ke pusat pameran Porte de Versailles sebelum kembali ke Stade Pierre-Mauroy bagi pusingan akhir. Pada masa yang sama, pertandingan menembak dan menembak Paralimpik telah dipindah di Châteauroux selepas wujudnya kebimbangan bahawa saiz tempat pertandingan yang asal adalah terlalu kecil.[9][10] Sebuah tempat pertandingan baharu, Villepinte di kawasan Seine-Saint-Denis, pula akan menganjurkan pusingan awal meninju, pertandingan lawan pedang bagi pentatlon moden, dan bola tampar duduk semasa Sukan Paralimpik.[11]

Zon Grand Paris[sunting | sunting sumber]

Stade de France

Sebanyak lapan acara akan diadakan di zon ini.

Tempat Acara (Olimpik) Acara (Paralimpik) Kapasiti Status Rujukan
Stadium Yves-du-Manoir Hoki - 15,000 Dinaik taraf [12]
Stade de France Rugbi Olahraga 77,083 Sedia ada [13]
Olahraga Lumba basikal (jalan raya)
Arena La Défense Aquatik (renang, pusingan akhir polo air) Renang 17,000 [14]
Arena Porte de la Chapelle Badminton Badminton 6,700 [15]
Gimnastik (irama) Powerlifting 7,000
Pusat Akuatik Aquatik (water polo pusingan awal, junam, renang artistik) - 5,000 Baharu [16]
La Courneuve Lumba basikal (jalan raya) Olahraga (maraton) 6,875 Sementara [17]
Pusat Memanjat Le Bourget Memanjat - 6,000 Baharu [18]

Zon Pusat Paris[sunting | sunting sumber]

Padang Champ de Mars
Grand Palais
Place de la Concorde
Invalides

Sebanyak 19 acara yang akan diadakan di zon ini.

Tempat Acara (Olimpik) Acara (Paralimpik) Kapasiti Status Rujukan
Jardins du Trocadéro dan Sungai Seine Upacara pembukaan dan penutupan Upacara pembukaan dan penutupan 600,000 Sementara [19][20][21]
Parc des Princes Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan separuh akhir, pusingan akhir) - 47,926 Sedia ada [22]
Stade Roland Garros Meninju Tenis Kerusi Roda 34,000 [23]
Tenis Bola Tampar Duduk
Paris Expo Porte de Versailles Bola Tampar Boccia 12,000 (Olimpik), 9,000 (Paralimpik) [24]
Ping Pong Ping Pong 6,650 [25]
Bola Baling (pusingan awal, pusingan suku akhir) - 7,300-7,800 [26]
Angkat Berat - 5,000
Arena Bercy Gimnastik (artistik dan trampolin) Bola Keranjang Kerusi Roda 15,000 [27]
Bola Keranjang (pusingan separuh akhir, pusingan akhir)
Grand Palais Lawan Pedang Lawan Pedang Kerusi Roda 8,000 (Olimpik), 6,500 (Paralimpik) [28]
Tae kwon do Tae kwon do
Place de la Concorde Bola Keranjang (3x3) - 30,000 Sementara [29]
Breakdancing
Lumba basikal (BMX gaya bebas)
Papan Luncur
Pont d'Iéna Aquatik (renang maraton) Para Triatlon 3,349 [30]
Olahraga (maraton, lumba jalan kaki)
Lumba basikal (lebuh raya)
Triatlon
Champ de Mars Bola Tampar (pantai) Bola Sepak Buta 12,860 [31]
Arena Champ-de-Mars Judo Judo 8,356 [32]
Gusti Ragbi Kerusi Roda
Invalides Memanah Memanah 6,000 [33]

Zon Versailles[sunting | sunting sumber]

Taman Istana Versailles yang akan menganjurkan acara ekuestrian semasa Sukan Olimpik 2024

Sebanyak empat acara akan diadakan di zon ini.

Tempat Acara (Olimpik) Acara (Paralimpik) Kapasiti Status Rujukan
Istana Versailles Ekuestrian Ekuestrian (dressage ) 80,000 Sementara [34]
Pentathlon Moden (tidak termasuk lawan pedang dan renang)
Le Golf National Golf - 35,000 Sedia ada [35]
Bukit Élancourt Lumba basikal (Lumba basikal bukit) - 25,000 [36]
Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines Lumba basikal (balapan) Lumba basikal (balapan) 5,000 [37]
Pentatlon Moden (lawan pedang)
Lumba basikal (lumba BMX) [38]

Di kawasan lain[sunting | sunting sumber]

Tahiti, lokasi penganjuran acara luncur air Paris 2024.

Sebanyak enam acara akan diadakan di zon ini

Acara (Olimpik) Acara (Paralimpik) Kapasiti Status Rujukan
Stade Pierre-Mauroy (Lille) Bola Baling (pusingan akhir) - 26,000 Sedia ada [39]
Bola Keranjang (pusingan awal, pusingan suku akhir)
Centre National de Tir Sportif (Châteauroux) Menembak Menembak 3,000
National Olympic Nautical Stadium of Île-de-France

(Vaires-sur-Marne)

Berdayung - 22,000 [40]
Kanu-Kayak (pecut)
Kanu-Kayak (slalom)
Stade Vélodrome (Marseille) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir kategori perempuan, pusingan separuh akhir kategori lelaki) - 67,394 [41]
Parc Olympique Lyonnais (Lyon) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir kategori lelaki, pusingan separuh akhir kategori perempuan) - 59,186 [42]
Stade Matmut Atlantique (Bordeaux) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir kategori perempuan, perlawanan penentu tempat ketiga kategori lelaki) - 42,115 [43]
Stade Geoffroy-Guichard (Saint-Étienne) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir kategori perempuan, perlawanan penentu tempat ketiga kategori perempuan) - 41,965 [44]
Allianz Riviera (Nice) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir) - 35,624 [45]
Stade de la Beaujoire (Nantes) Bola Sepak (6 pusingan awal, pusingan suku akhir) - 35,322 [46]
Port de la Pointe Rouge (Marseille) Belayar - 5,000 [47]
Debarcadere Teahupoo (Teahupo'o, Tahiti, Polinesia Perancis) Luncur Air - 5,000 [48]

Bangunan lain[sunting | sunting sumber]

Tempat Acara (Olimpik dan Paralimpik) Kapasiti Status Rujukan
L'Île-Saint-Denis Kampung Olimpik dan Paralimpik 17,000 Baharu [49]
Le Bourget Kampung Media Sementara [50]
Pusat Penyiaran Antarabangsa [51]
Pusat Akhbar Utama

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "COMPETITION VENUE CONCEPT". www.paris2024.org. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  2. ^ a b "PARIS 2024 CONCEPT : SOUND STEWARDSHIP SUPPORTING SPECTACULAR GAMES" www.paris2024.org. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  3. ^ "New era of Games embraced as updated Paris 2024 venue concept approved" www.olympics.com. 17 Disember 2020. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  4. ^ a b Houston, Michael. "Paris 2024 presents new venue plan in bid to cut costs". Inside the Games. 26 November 2020. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  5. ^ "Olympics: Paris 2024 to move swimming from deprived area in massive drive to cut costs, 'flying taxis' to be tested ahead of Games" The Straits Times. 1 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Julai 2021
  6. ^ "Paris 2024: Tahiti chosen to host surfing competition". BBC. 13 Disember 2019. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  7. ^ Goh, ZK"Paris 2024 reveals design for urban park venue in Place de la Concorde" 10 Jun 2021. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  8. ^ Burke, Patrick (16 Mac 2022). "French players criticise "embarrassing" proposed basketball venue for Paris 2024". Inside the Games (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mei 2022.
  9. ^ Sankar, Vimal (10 Februari 2022). "Paris 2024 Organising Committee not keen on hosting shooting events away from La Courneuve". Inside the Games. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  10. ^ Sankar, Vimal (10 Februari 2022). "Paris 2024 Organising Committee not keen on hosting shooting events away from La Courneuve". Inside the Games. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  11. ^ "The Board of Directors of Paris 2024 has approved the proposed solutions to optimise the Paris 2024 Olympic and Paralympic Games Venues Master Plan". paris2024.org. 12 Julai 2022. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  12. ^ YVES-DU-MANOIR STADIUM paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  13. ^ STADE DE FRANCE paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  14. ^ LA DÉFENSE ARENA paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  15. ^ PORTE DE LA CHAPELLE ARENA paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  16. ^ AQUATICS CENTRE paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  17. ^ LA COURNEUVE SHOOTING RANGE paris2024.org. Dicapai pada Ogos 2021.
  18. ^ LE BOURGET SPORT CLIMBING VENUE paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  19. ^ "Paris 2024 confirms Seine will serve as venue for city centre Opening Ceremony". www.insidethegames.biz. 13 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2021. Dicapai pada 14 Disember 2021.
  20. ^ "Paris 2024 Olympic organisers reveal audacious plans for opening ceremony". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2021. Dicapai pada 14 Disember 2021.
  21. ^ "Paris to hold 'most accessible' opening ceremony of 2024 Olympics on River Seine". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-13. Dicapai pada 14 Disember 2021.
  22. ^ PARC DES PRINCES paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  23. ^ ROLAND-GARROS STADIUM paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  24. ^ SOUTH PARIS ARENA 1 paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  25. ^ SOUTH PARIS ARENA 4 paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  26. ^ SOUTH PARIS ARENA 6 paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  27. ^ BERCY ARENA paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  28. ^ "GRAND PALAIS" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  29. ^ "LA CONCORDE" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  30. ^ "PONT D’IÉNA" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  31. ^ EIFFEL TOWER STADIUM paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  32. ^ CHAMP DE MARS ARENA paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  33. ^ "INVALIDES" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  34. ^ "CHATEAU DE VERSAILLES" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  35. ^ "GOLF NATIONAL" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  36. ^ "COLLINE D’ELANCOURT" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  37. ^ "VÉLODROME NATIONAL DE SAINT-QUENTIN-EN-YVELINES" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  38. ^ "STADE BMX DE SAINT-QUENTIN-EN-YVELINES" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  39. ^ "STADE DE LILLE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  40. ^ "STADE NAUTIQUE DE VAIRES-SUR-MARNE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  41. ^ "STADE DE MARSEILLE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  42. ^ "STADE DE LYON" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  43. ^ "STADE DE BORDEAUX" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  44. ^ "STADE DE SAINT-ETIENNE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  45. ^ "STADE DE NICE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  46. ^ "STADE DE NANTES" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  47. ^ "MARINA DE MARSEILLE" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  48. ^ "TAHITI TEAHUPO’O" (dalam bahasa Perancis) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  49. ^ "OLYMPIC AND PARALYMPIC VILLAGE" (dalam bahasa Inggeris) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  50. ^ "Media Village for Paris 2024" (dalam bahasa Inggeris) OLM. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  51. ^ "IBC / MPC" (dalam bahasa Inggeris) www.paris2024.org. Dicapai pada 1 Ogos 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]