Tempat tinggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai konsep kediaman. Untuk struktur, sila lihat Rumah. Untuk rumah bagi haiwan, sila lihat Habitat.
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tempat tinggal (nyahkekaburan).
Bagi laman depan tapak Wikipedia, lihat Laman Utama.
Pelan bagi sebuah rumah sesebuah menunjukkan fungsi sosial bagi setiap bilik

Tempat tinggal, atau mastautin, ialah suatu ruang hidup yang digunakan sebagai kediaman tetap atau separuh tetap bagi seseorang individu, keluarga, isi rumah atau beberapa keluarga dalam suatu suku kaum. Tempat tinggal selalunya rumah, pangsapuri, atau bangunan lain, atau pilihan lain rumah bergerak, rumah perahu, yurt atau mana-mana tempat perlindungan mudah alih yang lain. Prinsip undang-undang perlembagaan di banyak negara, berkaitan hak menyendiri disemadikan dalam perkara 12 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat[1] ialah ketakbolehcabulan tempat tinggal sebagai tempat perlindungan dan pelarian seseorang individu.

Tempat tinggal biasanya memberikan kawasan dan kemudahan untuk tidur, menyediakan makanan, makan dan kebersihan. Kumpulan yang lebih besar boleh tinggal di dalam rumah penjagaan, rumah kanak-kanak, konven atau mana-mana institusi yang serupa. Sebuah rumah ladang juga memasukkan tanah pertanian dan kemudahan bagi binatang jinakan. Apabila tiada kediaman yang lebih selamat, orang boleh tinggal di teratak tidak rasmi dan kadangkala haram dijumpai di setinggan dan kawasan melarat. Lebih umumnya, "tempat tinggal" boleh dianggap kawasan geografi, seperti bandar, kampung, subbandar, bandar raya, atau negara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Universal Declaration of Human Rights" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 August 2017. Dicapai 2018-05-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]