Templat:Fact

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

[perlu rujukan]

Pendokumenan templat[lihat] [sunting] [sejarah] [nyahcache]

Penggunaan[sunting sumber]

Templat dalam baris ini dimasukkan ke dalam pernyataan-pernyataan yang telah dikenalpasti memerlukan pengesahan. Templat ini menghasilkan pernyataan dalam bentuk superskrip seperti berikut:

...Abu suka pergi ke Pasar Payang kerana banyak keropok kering dijual di sana.[perlu rujukan]

Gunakanlah templat ini untuk menandai maklumat yang boleh dipersoalkan, supaya penyunting-penyunting lain boleh mengenalpastinya dengan mudah dan seterusnya menyokong pernyataan (yang dipertikaikan) dengan petikan sebagaimana menurut Wikipedia:Pengesahan.


Templat ini akan menambahkan rencana ke dalam kategori "Rencana kurang sumber rujukan". Untuk mencari rencana-rencana yang serupa, lihatlah Kategori:Rencana kurang petikan sumber.

Bahan-bahan atau pernyataan-pernyataan yang tidak disahkan dengan pemetikan sumber rujukan, terutamanya mengenai orang-perseorangan yang masih hidup haruslah dipadam dengan serta-merta. Jangan label atau bubuh kotak notis ke dalam rencana itu.

Bahan-bahan atau pernyataan-pernyataan yang amat diragui dan mendatangkan keburukan juga lebih baik dipadam serta merta daripada dilabel.

Jika anda punya kelapangan masa dan kebolehan mencari rujukan yang lebih dipercayai, silalah berbuat demikian. Tambahlah pemetikan, perbetulkan pernyataan di dalam rencana tersebut. Lagipun, sasaran utama ialah bukan hanya mengenalpasti masalah, malah juga memperbaikinya.

Templat ini direka untuk melabel pernyataan khusus yang memerlukan pengesahan. Untuk rencana yang langsung tidak memiliki pemetikan sumber rujukan, gunakanlah templat {{Tanpa rujukan}}. Untuk rencana yang mempunyai banyak pernyataan yang memerlukan pengesahan, tetapi sudah mempunyai sedikit pemetikan sumber rujukan, gunakanlah {{Refimprove}}.

Lencongan[sunting sumber]

Sesetengah penyunting melaporkan bahawa kata "fact" adalah kurang tepat dan mengelirukan, kerana ia tidak merujuk kepada pemetikan sumber secara terang-terangan. Oleh itu, berikut disenaraikan beberapa templat yang dilencongkan ke templat ini.