Templat:GP dilindungi/Minggu 24 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Garam Himalaya

Garam Himalaya ialah garam gunung berbentuk kristal yang digali dari perlombongan garam di Khewra, daerah Jhelum di Punjab, Pakistan. Lombong ini merupakan kawasan perlombongan garam tertua dan salah satu yang terbesar di dunia. Ahli geologi mengatakan kawasan perlombongan ini telah terbentuk sejak 800 juta tahun yang lalu. Lombong Garam Khewra, yang juga menjadi tempat pelancongan, menghasilkan 325,000 tan garam setiap tahun, dan dianggarkan sehingga kini telah menghasilkan 220 juta tan sepanjang tempoh pengeluarannya. Garam gunung pada asalnya tidak memiliki warna, tetapi kejadian alam mampu menjadikannya memiliki sedikit warna. Halite menjadi berwarna kerana terdapat banyak perihal: mengandungi bahan lain, kotoran, dan ketidaksempurnaan pada butiran kristal garam.

Kredit gambar: Ivar Leidus

Gambar pilihan sebelum ini:


Lihat juga[sunting sumber]