Templat:GP dilindungi/Minggu 50 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syiling 1 rubel Rusia tahun 1771

Rubel, ruble atau rouble ialah nama unit mata wang di beberapa negara di Eropah timur. Syiling satu ruble ini dikeluarkan oleh Empayar Rusia pada tahun 1771, semasa pemerintahan Yekaterina II. Ia diperbuat daripada tembaga pepejal, seberat lebih 1.022 kg (2.25 lb), dan direka bentuk untuk disimpan dalam perbendaharaan empayar sebagai sandaran logam bagi keluaran rubel kertas negara. Lebih besar daripada cakera getah hoki standard, ia dilaporkan merupakan syiling tembaga terbesar yang pernah dikeluarkan. Syiling itu kini menjadi sebahagian daripada Koleksi Numismatik Kebangsaan di Muzium Sejarah Negara Amerika.

Kredit reka bentuk syiling: Empayar Rusia; difoto oleh Koleksi Numismatik Kebangsaan


Lihat juga[sunting sumber]