Templat:Garis masa Empayar Byzantine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Garis masa Empayar Byzantine
667 SM Bandar purba Byzantium (kemudiannya Konstaninopolis/Kustantiniyah dan Istanbul) ditemui.
27 SM Kebangkitan Empayar Rom.
ca. 235 - 284 "Krisis abad ketiga".
292 Pembaharuan Maharaja Diocletian
330 Constantinus Agung menjadikan Byzantium ibu kota (Nova Roma), dinamakan kembali "Constantinople" (ibu kota Constantinus), selepas kemangkatan baginda pada 337. Ia menjadi ibu kota Empayar (kecuali untuk separuh abad) selama lebih seribu tahun.
395 Empayar berpecah kepada timur dan barat selepas kematian Theodosius I.
527 Justinianus I menaiki takhta.
7 April, 529 Codex Justinianus diisytiharkan.
532537
Maharaja Justinianus membina Gereja Hagia Sophia
533554 General-general Justinianus menawan Afrika Utara dan Itali dari orang-orang Vandal dan Ostrogoth.
568 Pencerobohan Lombard menyebabkan kehilangan sebahagian besar Itali.
634641 Tentera Arab menawan Levant dan Mesir. Dalam dekad seterusnya mereka mengambil sebahagian dari Afrika Utara (dan kemudian menawan Sicily).
697 Kota Carthage di Utara Afrika (ibu kota Exarchate, Afrika) jatuh ke tangan orang Arab.
730787 dan 813843 Kontroversi Ikonoklasme menyebabkan Empayar kehilangan sebahagian besar baki wilayah Itali, selain dari sebahagian wilayah Mezzogiorno.
8431025 Dynasty Macedonia didirikan dan empayar mengalami kebangkitan kuasa tentera dan pembesaran wilayah. Sarjana-sarjana Byzantine merekodkan dan memelihara kebanyakan tinggalan teks Yunani purba dan Rom.
9601042 Empayar Byzantine menghadapi beberapa kekalahan menentang kuasa Abbasiyah dan Fatimiyah yang menawan kembali sebahagian Mesopotamia, Syria dan Palestin.
10021018 Maharaja Basil II memulakn siri kempen ketenteraan terhadap orang Bulgaria, dengan matlamat menghancurkan negara orang Bulgar.
1014 Tentera Bulgaria dikalahkan dalam Perang Kleidon (Basil II dikenali sebagai Pembunuh orang Bulgar).
1018 Bulgaria menyerah kalah dan menjadi jajahan empayar. Seluruh Balkan menjadi jajahan Empayar Byzantine, Danube menjadi sempadan Imperial di utara.
1025 Dengan kemangkatan Basil II, zaman kemuncak Empayar merosot.
1054 Perpecahan doktrin agama antara Gereja di Rome dan Gereja di Constantinople.
1071 Maharaja Romanos IV dikalahkan oleh Turki Seljuk dalam Perang Manzikert, menyebabkan kehilangan Asia Kecil. Pada tahun yang sama, pengkalan luar terakhir empayar di Itali, (Bari), dirampas oleh orang Norman.
1081 Dinasti Komnenos didirikan oleh Alexios I dan Byzantium terlibat dalam Perang Salib. Kemakmuran ekonomi menghasilkan kekayaan baru; kesusasteraan dan kesenian mencapai kemuncak. Di Anatolia, orang Turki menjadi kuat.
1091 Tentera Imperial mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Levounion.
1097 Penawanan semula Nicaea dari orang Turki oleh tentera Byzantine dalam Perang Salib Pertama.
1097-1176 Tentera Byzantine menawan semula persisiran Asia Kecil dari orang Turki, dan bergerak ke timur ke arah Anatolia tengah. Antioch menjadi kota di bawah naungan Byzantine.
1122 Byzantine mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Beroia.
1167 Tentera Byzantine mengalahkan kerajaan Hungary dalam Perang Sirmium dan Hungary menjadi negara naungan Byzantine.
1176 Perang Myriokephalon berlaku dan Maharaja Manuel I Komnenos cuba menawan Konya, ibu kota Turki Seljuk. Beliau terpaksa berundur selepas kemusnahan peralatan mengepung. Dengan ini, cubaan Imperial untuk menawan dataran tinggi Anatolia berakhir.
1180 Dengan kemangkatan Maharaja Manuel I Komnenos, kemerosotan empayar bermula kembali.
1185 Pemberontakan di Bulgaria berjaya dan beberapa tanah di Balkan jatuh.
1204 Constantinople ditawan dalam Perang Salib Keempat, cubaan untuk mendirikan Empayar Latin.
1261 Constantinople dirampas oleh Patriarki Constantinople yang dibiaya oleh pemerintah Nicaea, Michael VIII Palaiologos, menyaksikan pemerintahan semula orang Yunani dalam empayar yang semakin mengecil.
1326 Kota Prusa di Asia Kecil jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah.
1326 Kota Nicaea, ibu kota Empayar untuk 100 tahun sebelumnya, jatuh kepada kerajaan Uthmaniyah.
1453 Kerajaan Uthmaniyah menawan Constantinople, dan dengan kemangkatan Constantinus XI Palaiologos, maharaja terakhir Empayar Byzantine, empayar berakhir dan juga menyaksikan kemusnahan terakhir Empayar Rom.