Templat:ICC member states

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menjelang Jun 2011, 114 buah negara telah menjadi negara ahli mahkamah, termasuklah seluruh Amerika Selatan, hampir seluruh Eropah, dan lebih kurang separuh daripada semua negara di Afrika.[1] Bagi Grenada dan Tunisia, negara ahli ke-115 dan ke-116, Statut ini masing-masing akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2011 [2] dan 1 September 2011.[3] Sebanyak 34 buah negara yang lain, termasuk Rusia, telah menandatangani Statut Rom tetapi masih belum meratifikasinya.[1] Salah satu negara ahli, yakni Côte d'Ivoire, telah menerima bidang kuasa Mahkamah.[4] Undang-undang triti mewajibkan negara-negara ahlinya supaya mengelakkan "perbuatan-perbuatan yang menggagalkan objektif dan tujuan" perjanjiannya.[5] Tiga negara ahli, iaitu , Sudan,Palestin dan Amerika Syarikat, telah pun "menyahtandatangani" Statut Rom dan dengan itu, membayangkan bahawa mereka tidak lagi bertujuan untuk menjadi negara ahli dan justeru, tidak mempunyai sebarang kewajipan di sisi undang-undang yang tertimbul daripada penandatanganan statut oleh wakil mereka.[1][6] 43 Negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum menandatangani atau meratifikasikan ataupun menerima Statut Rom. Sesetengah mereka, termasuk China dan India, bersikap kritis terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa.[7][8] Pihak Berkuasa Palestin yang bukan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah pun menerima bidang kuasa Mahkamah secara rasmi.[9] Bagaimanapun, tidaklah jelas tentang kesahan penerimaan ini di sisi undang-undang.[10]

Rujukan[sunting sumber]

  1. ^ a b c United Nations Treaty Database entry regarding the Rome Statute of the International Criminal Court. Dicapai pada 10 Mac 2010.
  2. ^ "Global NGO Coalition Welcomes Grenada's Accession to the Rome Statute" (PDF). Coalition for the International Criminal Court. Dicapai pada 2011-05-20.
  3. ^ "Tunisia becomes the 116th State to join the ICC's governing treaty, the Rome Statute" (HTML). International Criminal Court. Dicapai pada 2011-06-24.
  4. ^ ICC press release on Côte d'Ivoire's acception of jurisdiction. Retrieved 6 April 2011.
  5. ^ The 1969 Vienna Convention on the Law of Treaties, Article 18. Dicapai pada 23 November 2006.
  6. ^ John R Bolton, 6 May 2002. International Criminal Court: Letter to UN Secretary General Kofi Annan. US Department of State. Dicapai pada 23 November 2006.
  7. ^ China's Attitude Towards the ICC”, Lu Jianping and Wang Zhixiang, Journal of International Criminal Justice, 2005-07-06.
  8. ^ India and the ICC, Usha Ramanathan, Journal of International Criminal Law, 2005.
  9. ^ "Declaration by the Palestinian National Authority Accepting the Jurisdiction of the International Criminal Court" (PDF). International Criminal Court. 2009-01-21. Dicapai pada 2011-04-06.
  10. ^ Simons, Marlise (2009-02-10). "War court asked to examine Gaza war". The New York Times. Dicapai pada 2011-04-06.