Templat:Laman Utama-Kandungan Atas/ujian
Rencana pilihan
Takungan Abberton ialah takungan simpanan air tawar yang dipam di timur England berhampiran pantai Essex, dengan keluasan 700 hektar (1,700 ekar). Kebanyakan airnya dipam masuk dari sungai Stour. Dibina antara tahun 1935 dan 1939, takungan ini dimiliki dan diuruskan oleh Essex and Suffolk Water dan terletak 6 km (3.7 bt) dari barat daya Colchester. Semasa Perang Dunia II, Takungan Abberton dipasang dengan periuk api laut untuk menghalang pencerobohan kapal terbang laut, dan ia digunakan oleh Skuadron No. 617 Tentera Udara Diraja British ("The Dam Busters") untuk latihan bagi pengeboman empangan-empangan Jerman di Ruhr. Satu projek bagi meningkatkan kapasiti Takungan Abberton kepada 41,000 megaliter (9.0×109 imp gal) telah disiapkan pada tahun 2013, bersama-sama dengan sambungan baharu untuk memindahkan air dari sungai Ouse di Norfolk ke Stour. Takungan air ini penting untuk pembiakan burung dendang air, langkau sejuk serta penyalinan bulu bagi unggas air dan burung hijrah. Takungan ini juga merupakan tanah bencah yang penting di peringkat antarabangsa yang ditetapkan sebagai tapak Ramsar, Tapak Kepentingan Saintifik Khas dan Kawasan Perlindungan Khas serta disenaraikan dalam karya A Nature Conservation Review. Sebahagian kecil tapak ini diuruskan oleh Amanah Hidupan Liar Essex. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Tahukah anda...
- ... bahawa pemain bola sepak Helmut Haller pernah mewakili Jerman Barat ke Piala Dunia sebanyak tiga kali? Wikipedia:Tahukah anda/22/3
- ... bahawa keluk puas sama ialah satu graf yang menunjukkan gabungan perkara-perkara yang pengguna tidak ambil peduli atau berasa sama puas? Wikipedia:Tahukah anda/53/2
- "... bahawa Misa Melayu ditulis menggunakan campuran prosa dan puisi dalam tulisan Jawi?" Wikipedia:Tahukah anda/78/1
- ... bahawa "Mikraj Cinta", single oleh Siti Nurhaliza dari album live beliau, telah diilhamkan oleh kisah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. semasa peristiwa Israk dan Mikraj? Wikipedia:Tahukah anda/96/4 Sumber diterjemahkan oleh: Fandi89 (bahagian "Tahukah anda?")
- "... bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed ialah kemuncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?" Wikipedia:Tahukah anda/11/4 Wikipedia:Tahukah anda/119/1
Hari ini dalam sejarah
- 1479 SM – Thutmose III menjadi Firaun keenam Dinasti Ke-18 Mesir, namun bagi 22 tahun pertama baginda memerintah bersama bonda saudaranya Hatshepsut.
- 1877 – Gagal menyelesaikan isu Balkan, Rusia mengisytiharkan perang terhadap Empayar Uthmaniyyah, memulakan Perang Rusia-Turki.
- 1967 – Kapal angkasa lepas Soyuz 1 terhempas di Siberia semasa kembali ke Bumi, membunuh angkasawan Vladimir Mikhaylovich Komarov.
- 1970 – Gambia menjadi sebuah negara republik di dalam Komanwel, dengan Dawda Jawara sebagai presiden pertamanya.
- 1990 – Teleskop Angkasa Hubble dilancarkan oleh Bolak-Balik Angkasa Lepas Discovery dalam misi STS-31.
- 2013 – Bangunan Rana Plaza (gambar runtuhan) runtuh di Dhaka, Bangladesh; menyebabkan 1,129 orang maut dan 2,500 lagi cedera.
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
---|---|---|---|---|---|---|
20.6 | 372,608 | 1,082,719 | 6,163,442 | 334,376 (622 aktif) | 15 | 18,425 |
- Perbaiki kandungan