Templat:Peristiwa Terkini di ASEAN
2016[sunting sumber]
- Militan IS menyerang Jakarta, tujuh belas orang mati terbunuh dan sembilan belas yang lain cedera.
2015[sunting sumber]
- Parti pimpinan Aung San Suu Kyi telah memenangi Pilihan raya umum Myanmar 2015 menumpaskan parti pemerintah, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan dengan majoriti dua-pertiga dewan.
- Komuniti ASEAN ditubuhkan secara rasmi.
- Malaysia menyerahkan kempimpinan ASEAN kepada Laos, setelah setahun memegang kepimpinan tersebut.
2014[sunting sumber]
- Pasukan Harimau Muda B-16 memenangi Trofi Juara-Juara Asia B-16 FAM – Frenz 2014.
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-19 Myanmar memenangi Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2014.
- Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada partinya PKR.
- Joko Widodo secara rasmi terpilih sebagai Presiden Indonesia.
- Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- Taufan Rammasun mengorbankan lebih 110 orang di Filipina dan China.
- Perintah berkurung dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di luar pantai timur Sabah.
- Pegawai Tourism Malaysia Azizul Raheem Awalludin, yang dipenjara di Sweden kerana memukul anaknya, kembali ke Malaysia selepas dibebaskan.
- Tiga menteri baharu dilantik ke Kabinet Malaysia.
- Pahang menewaskan Felda United dalam perlawanan akhir untuk memenangi Piala FA Malaysia 2014.
- Sukan Malaysia XVII ditutup di Perlis.
- Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35.
- Bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- Dalam badminton, Jepun menewaskan Malaysia dan memenangi Piala Thomas buat kali pertama, manakala China mempertahankan Piala Uber.
- Komander tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa selepas berbulan-bulan berlakunya krisis politik.
- Dua ekor Panda Gergasi dari China tiba di Malaysia.
- Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Indonesia.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra (gambar) menyalahgunakan kuasa dan menyingkirkan beliau daripada jawatannya.
- Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
- Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.