Templat:GP/Minggu 26 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jacinda Ardern
Sebagai tindak balas kepada serangan pengganas di Masjid dan Pusat Islam Christchurch, Jacinda Ardern mengumumkan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan peraturan senjata api yang lebih kuat. Dia berkata serangan itu telah mendedahkan pelbagai kelemahan dalam undang-undang senjata api New Zealand. Mengumumkan masa berkabung negara, Ardern adalah penandatangan pertama sebuah buku nota peringatan yang dibuka di ibu negara, Wellington. Beliau juga melawat ke Christchurch untuk bertemu responden pertama dan keluarga mangsa Ardern menerima pujian antarabangsa untuk responnya terhadap serangan pengganas, dan gambarnya sedang memeluk anggota komuniti Muslim Christchurch dengan perkataan "damai" dalam Bahasa Inggeris dan Arab dipaparkan di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia Mural 25 meter gambar ini telah dipaparkan pada Mei 2019. Apabila New Zealand memulakan komisen diraja untuk menyiasat serangan itu, beliau menyatakan, "Ia akan melihat tindakan SIS (Security Intelligence Service), GCSB (Biro Keselamatan Komunikasi Kerajaan), polis, kastam, imigresen dan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan".Kredit: Kirk Hargreaves, dimuat naik oleh Giantflightlessbirds

Lihat juga[sunting sumber]