Temptation of Wife
Temptation of Wife | |
---|---|
![]() | |
Juga dikenali sebagai | Wife's Temptation Wife's Revenge Cruel Temptation |
Pencipta | Starmax |
Ditulis oleh | Kim Soon-ok |
Pengarah | Oh Se-kang |
Dibintangi oleh | Jang Seo-hee Byun Woo-min Kim Seo-hyung Lee Jae-hwang |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan episod | 129 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Go Hong Sik Oh Se Gang |
Tempoh siaran | Isnin sehingga Jumaat 7:20pm (KST) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SBS |
Siaran asal | 3 November 2008 | – 1 Mei 2009
Kronologi | |
Mengikuti | Aeja's Older Sister, Minja |
Diikuti oleh | Two Wives |
Rancangan berkaitan | Temptation of an Angel (versi Lelaki) Kesetiaan Cinta (versi Indonesia) Temptation to Go Home (versi China) Beni Affet (versi Turki) Temptation of Wife (versi Filipina) Dendam Seorang Isteri (versi Malaysia) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Temptation of Wife (Hangul: 아내의 유혹; RR: Anaeui Yuhok), juga dikenali sebagai Lure of Wife, ialah sebuah drama bersiri Korea Selatan. Ia disiarkan menerusi saluran SBS bermula 3 November 2008 sehingga 1 Mei 2009 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:20 malam sebanyak 129 episod.[1][2][3]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Goo Eun-jae merupakan seorang pelajar lulusan dalam bidang kecantikan dan bakal melanjutkan pelajarannya ke Perancis. Namun, dia terpaksa melupakan impiannya itu apabila dia hamil selepas terlanjur dengan teman lelakinya, Jung Gyo-bin. Gyo-bin adalah anak orang kaya yang menguruskan syarikat hartanah terkenal di Korea. Mereka kemudian berkahwin. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut merupakan kesilapan terbesar Eun-jae apabila dia dilayan ibarat orang gaji oleh ibu mertuanya, Baek Mi-in. Namun Eun-jae tetap bersabar dan menjalankan tugasnya sebagai isteri dan menantu yang baik buat kedua mertuanya. Disebabkan kekejaman ibu mertuanya, Eun-jae mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil. Hal itu kemudian membuatkan Gyo-bin mula bersikap dingin dengan Eun-jae.
Tujuh tahun kemudian, keadaan rumahtangga Eun-jae menjadi semakin keruh apabila kawan baiknya sejak kecil, Shin Ae-ri telah kembali dari Perancis. Ae-ri yang sememangnya cemburu dan berdendam dengan Eun-jae selama ini kemudian mula menggoda Gyo-bin. Hubungan sulit mereka akhirnya terbongkar apabila Ae-ri kembali dengan membawa seorang budak lelaki yang bernama Jung Ni-no. Ae-ri mengatakan bahawa Ni-no adalah anak hasil hubungan sulitnya dengan Gyo-bin. Eun-jae yang mengetahui akan hal itu berasa sangat sedih dan berasa dikhianati oleh kedua-dua orang yang disayanginya.
Eun-jae kemudian dipaksa oleh Mi-in agar menandatangani surat penceraiannya dengan Gyo-bin disaat dia tengah hamil kali kedua. Gyo-bin dan Ae-ri yang mengetahui akan kandungan itu kemudian menemui Eun-jae dan memaksanya agar mengugurkan kandungan tersebut. Eun-jae yang enggan menurut kemahuan mereka itu kemudian dihanyutkan ke laut. Ae-ri kemudian membuat surat palsu yang mengatakan Eun-jae membunuh dirinya lalu menghantar surat tersebut kepada keluarga Eun-jae.
Eun-jae kemudian diselamatkan oleh Min Gun-woo, yang juga kebetulan ketika itu sedang mencari adik angkatnya, Min So-hee yang membunuh dirinya dilaut yang sama dimana jasad Eun-jae ditemui. Gun-woo kemudian membawa Eun-jae ke hospital. Ketika sedar, Eun-jae menjadi sedih apabila dia mendapati dirinya keguguran buat kedua kalinya.
Hal itu membuatkan Eun-jae hampir membunuh dirinya namun dia segera membatalkan niatnya apabila dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. Kesempatan itu tiba apabila Eun-jae bertemu dengan Min Hyun-joo atau Lady Min, iaitu seorang wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan Min Beauty Shop, iaitu sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik yang terkenal di Korea. Lady Min adalah merupakan ibu kandung Min So-hee dan juga ibu angkat kepada Min Gun-woo, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.
Lady Min yang mendapati nasib malang yang kini menimpa Eun-jae hampir sama dengan nasib malang yang menimpanya suatu ketika dahulu, membuatkannya bertekad untuk membantu Eun-jae membalas dendam terhadap keluarga bekas mertua Eun-jae itu. Ini kerana dia juga pernah mempunyai sejarah kelam dengan bekas bapa mertua Eun-jae, Jung Ha-jo. Eun-jae kemudian segera menukarkan penampilannya dan identitinya serta mula bekerja dengan Lady Min.
Eun-jae kembali dengan identiti baharu dan menyamar sebagai Min So-hee, iaitu anak kepada Lady Min. Penyamaran tersebut adalah untuk menjayakan rancangannya membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. So-hee akhirnya bertemu semula dengan Gyo-bin di sebuah majlis tari-menari. Gyo-bin berasa terkejut apabila pertama kali menemui So-hee di majlis tersebut. Gyo-bin sempat curiga dengan So-hee namun So-hee berpura-pura tidak mengenali Gyo-bin. Ae-ri yang juga telah menemui So-hee juga berasa terkejut kerana wajah So-hee yang seiras dengan Eun-jae. Namun So-hee juga berlakon seolah-olah tidak mengenali Ae-ri dan mengatakan Ae-ri sudah menjadi orang tidak waras. Berjayakah rancangan Eun-jae untuk membalas dendam dan sekaligus melindungi identiti sebenarnya daripada terbongkar?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Watak utama[sunting | sunting sumber]
- Jang Seo-hee sebagai Goo Eun-jae / Min So-hee
- Byun Woo-min sebagai Jung Gyo-bin
- Kim Seo-hyung sebagai Shin Ae-ri
- Lee Jae-hwang sebagai Min Gun-woo
Watak sokongan[sunting | sunting sumber]
- Keluarga Goo
- Kim Yong-gun sebagai Goo Young-soo
- Yoon Mi-ra sebagai Yoon Mi-ja
- Choi Jun-yong sebagai Goo Kang-jae
- Keluarga Jung
- Kim Dong-hyun sebagai Jung Ha-jo
- Geum Bo-ra sebagai Baek Mi-in
- Oh Young-shil sebagai Jung Ha-neul / Star
- Song Hui-ah sebagai Jung Soo-bin
- Jung Yun-seok sebagai Jung Ni-no
- Keluarga Min
- Jung Ae-ri sebagai Min Hyun-joo / Lady Min
- Chae Young-in sebagai Min So-hee
Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Drama SBS | |||
Hadiah Utama (Daesang) | Jang Seo-hee | Menang | ||
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita | Tercalon | |||
Bintang 10 Teratas | Menang | |||
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Lelaki Dalam Siri Drama | Byun Woo-min | Menang | ||
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Dalam Siri Drama | Kim Seo-hyung | Menang | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Siri Drama | Choi Jun-young | Menang | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dalam Siri Drama | Geum Bo-ra | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki/Wanita Muda Terbaik | Jung Yun-seok | Menang | ||
Anugerah Pasangan Terbaik | Choi Jun-young & Oh Young-shil | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Baru | Oh Young-shil | Menang |
Buatan semula[sunting | sunting sumber]
Drama ini cukup popular bukan sahaja di Korea malah cukup terkenal di seluruh negara. Disebabkan itu pihak SBS telah memberikan keizinan hak siarannya kepada 5 negara lainnya seperti Indonesia, China, Turki, Filipina dan Malaysia bagi mengadaptasi semula drama ini di negara mereka.
Tahun | Negara | Judul | Tarikh disiarkan | Jumlah Episod |
---|---|---|---|---|
2009-2010 | ![]() |
Kesetiaan Cinta | 24 November 2009 - 11 Julai 2010 | 204 |
2011 | ![]() |
Temptation to Go Home | 21 Februari - 31 Mac 2011 | 68 |
2011-2018 | ![]() |
Beni Affet | 17 Oktober 2011 - 28 Disember 2018 | 1477 |
2012-2013 | ![]() |
Temptation of Wife | 29 Oktober 2012 - 5 April 2013 | 113 |
2022 | ![]() |
Dendam Seorang Isteri | 21 Mac 2022 - kini | 80 |
- Setelah siri asal Temptation of Wife tamat, siri ini kemudian diadaptasi semula ke versi lelaki iaitu Temptation of an Angel pada tahun 2009 dan disebabkan itu negara Indonesia membuat semula siri ini dengan menggabungkan kedua-dua siri ini dalam satu drama terpanjang dalam versi mereka.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman sesawang rasmi (Korea)
- Laman Bahasa Inggeris rasmi Diarkibkan 2012-03-20 di Wayback Machine (Inggeris)
- Temptation of Wife di HanCinema