Temptation of Wife (siri TV 2012)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Temptation of Wife
Genre
Berdasarkan daripada
Temptation of Wife oleh Oh Se-kang
PenciptaStarmax
Ditulis oleh
  • Richard "Dode" Cruz
  • Luningning Ribay
  • Christine Novicio
Pengarah
Pengarah kreatif
Jun Lana
Dibintangi oleh
Marian Rivera
Dennis Trillo
Glaiza de Castro
Rafael Rosell
Penggubah lagu tema
Tata Betita
Lagu pembukaan"I Can't Forgive"
Lagu penutup"Anong Daling Sabihin?" by Kyla
PenggubahVehnee Saturno
Negara asalFilipina Filipina
BahasaTagalog
Inggeris
Bilangan episod113
Penerbitan
Penerbit eksekutifCarolyn B. Galve
LokasiQuezon City, Filipina
Pemasangan kamera
Tetapan kamera-multi
Tempoh siaran23-36 minutes
Syarikat penerbitan
GMA Entertainment TV
Penyiaran
Saluran asalGMA Network
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal29 Oktober 2012 (2012-10-29) – 5 April 2013 (2013-04-05)
Pautan luar
Laman sesawang

Temptation of Wife adalah sebuah drama bersiri televisyen Filipina yang berkisarkan tentang dendam. Drama ini juga merupakan drama adaptasi daripada drama Korea Selatan yang disiarkan di SBS pada tahun 2008, dengan menggunakan tajuk yang sama. Diarahkan oleh Dominic Zapata dan dibintangi oleh Marian Rivera, Dennis Trillo, Glaiza de Castro, dan Rafael Rosell. Ia pertama kali mulai ditayangkan buat pertama kalinya pada 29 Oktober 2012 bagi menggantikan drama Luna Blanca. Ianya disiarkan di seluruh dunia pada 30 Oktober 2012 di GMA Pinoy TV dan berakhir pada 05 April 2013, yang kemudiannya digantikan dengan drama Love & Lies di slot drama yang sama.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang dua gadis iaitu Angeline (Marian Rivera) dan Heidi (Glaiza de Castro) yang berkawan rapat sejak Heidi diambil dan dijaga oleh kedua orang tua Angeline selepas kematian kedua orang tua Heidi. Hubungan mereka rapat seperti adik beradik, namun dalam diam sebenarnya Heidi sentiasa menyimpan perasaan cemburu dan iri hati terhadap Angeline.

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya yang kaya raya, Marcel (Dennis Trillo). Manakala Heidi yang juga turut menyimpan perasaan terhadap Marcel mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel dengan menggoda dan meniduri Marcel namun tidak berjaya. Disebabkan itu, Heidi membawa diri ke Perancis.

Selepas berkahwin dengan Marcel, kehidupan Angeline mulai berubah apabila dia dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella (Cherie Gil). Walaupun dirinya tidak disenangi oleh ibu mertuanya, namun Angeline tetap bersabar dan sentiasa cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak menantu yang baik. Malangnya, akibat kebencian dan perbuatan kejam Stella, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil semula.

Lima tahun berlalu, Marcel mulai tertekan apabila dia terlalu menginginkan kehadiran seorang anak kerana sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Keadaan itu membuatkan rumahtangga mereka mulai dilanda pelbagai masalah dan kini dia mulai bersikap dingin terhadap Angeline. Sementara itu, Heidi kini telah pulang daripada Perancis dan kembali sebagai seorang wanita anggun dan berkerjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mulai menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain dibelakangnya. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa wanita simpanan suaminya itu adalah Heidi, iaitu orang yang dianggap seperti adiknya sendiri selama ini. Marcel pada mulanya ingin memutuskan hubungan dengan Heidi namun dia berubah fikiran setelah dia mengetahui bahawa Heidi kini juga hamil anaknya. Marcel juga kini dihasut oleh Heidi agar tidak mempedulikan Angeline yang juga kini hamil anak kedua mereka dan mengatakan Angeline sudah menjadi tidak waras.

Sementara itu, Heidi yang juga mengetahui Angeline kembali hamil kemudian membawa Angeline ke sebuah klinik dan memaksa agar Angeline mengugurkan kandungan tersebut disana. Namun begitu, Angeline berkeras untuk tetap mempertahankan kandungannya itu. Angeline kemudian bertindak melarikan diri daripada klinik tersebut dan Heidi mulai mengejarnya. Mereka kemudian bertengkar lalu berlakunya pergelutan diantara mereka. Dalam pergelutan itu Angeline telah jatuh dari tebing bukit dan lemas kedalam laut. Heidi yang berasa panik melihat kejadian itu kemudian beredar pergi lalu meninggalkan Angeline yang sedang lemas dilaut tersebut.

Disaat itu juga Angeline sempat diselamatkan oleh Nigel (Rafael Rosell) yang juga kebetulan berada disitu untuk mencari adiknya, Chantal (Michelle Madrigal) yang turut membunuh dirinya dilaut yang sama dimana Angeline telah dilemaskan. Nigel kemudian bergegas membawa Angeline ke hospital. Setelah kembali sedar, Angeline mendapati dirinya mengalami keguguran buat kedua kalinya dan hal itu membuatkan Angeline berasa sedih dan tertekan lalu bertekad untuk tetap akan meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi. Kesempatan itu akhirnya tiba apabila dia bertemu dengan Yolanda (Ayen Munji-Laurel), iaitu wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan House of Armada, iaitu sebuah klinik kecantikan yang terkenal di Filipina. Yolanda juga adalah merupakan ibu kandung kepada Chantal dan juga ibu angkat kepada Nigel, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.

Yolanda yang mendapati nasib malang yang menimpa Angeline hampir sama dengannya suatu ketika dahulu membuatkan dia terus bertekad untuk membantu Angeline bagi membalas dendam. Ini kerana Yolanda juga mempunyai sejarah kelam dengan Romeo (Raymond Bagatsing), iaitu bapa mertua Angeline dan ingin membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya itu. Demi memastikan rancangan mereka itu berjalan dengan lancar, Yolanda memberikan Angeline identiti baharu dan mengubah penampilannya menjadi seorang wanita sofistikated agar tiada sesiapa yang mengenali Angeline.

Angeline kini kembali dengan identiti baru sebagai Chantal Gonzales. Dia bertekad untuk menggoda Marcel dan ingin menghancurkan hidup Heidi. Disaat awal pertemuan mereka, Marcel berasa terkejut apabila bertemu dengan Chantal, iaitu wanita anggun yang seiras dengan Angeline. Ini kerana dia percaya bahawa Angeline telah mati lemas dan kini dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita misteri yang bernama Chantal. Manakala Heidi yang juga kini bertemu dengan Chantal mula berasa curiga dan yakin bahawa Chantal adalah Angeline. Namun, Chantal berpura-pura seolah-olah tidak mengenalinya dan sedaya upaya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya sebelum kesemua rancangannya untuk membalas dendam terlaksana. Chantal berterusan menggoda Marcel kerana dia juga ingin Heidi merasakan sakit hati yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu. Sementara itu, Heidi kini mendapati dirinya tidak hamil, melainkan menghidapi penyakit ketumbuhan dirahim. Disebabkan itu, Heidi bertekad terus berpura-pura hamil agar Marcel terus bersamanya. Masa terus berlalu, Marcel kini semakin tergoda dengan godaan Chantal dan keadaan itu membuatkan hubungannya dengan Heidi menjadi semakin dingin, apatah lagi kini setelah dia mengetahui bahawa Heidi sebenarnya berpura-pura hamil.

Chantal yang kini mengetahui akan keadaan Heidi itu kemudian mulai mengambil kesempatan itu dengan merancang pelbagai rancangan licik untuk membalas dendam dan ingin menjatuhkan Marcel dan Heidi. Chantal juga berjaya memperdayakan Romeo, iaitu ayah Marcel agar menyerahkan seluruh harta milik keluarga Salcedo kepadanya dengan membeli saham serta menandatangani perjanjian dengan syarikat mereka. Sementara itu juga, Chantal telah berjaya mengambil alih Bella France, iaitu syarikat kecantikan milik Heidi dengan bantuan Yolanda. Setelah kesemua rancangannya itu berhasil dengan jayanya, Chantal akhirnya mulai mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Angeline kepada keluarga Salcedo setelah dia berhasil membuatkan Heidi, Marcel dan ahli keluarganya kini menjadi miskin.

Marcel kemudian akhirnya sedar lalu mencuba untuk mendapatkan semula hati isterinya namun ketika itu Angeline sudah bertekad untuk menuntut cerai dengan Marcel. Pelbagai cara Marcel lakukan untuk kembali dengan Angeline namun Angeline tetap berkeras hati enggan kembali kepada Marcel disebabkan kini dia sedar bahawa dia telahpun jatuh cinta dengan Nigel. Sementara itu, penyakit Heidi kini semakin kritikal dan sudah berada ditahap 4. Mengetahui bahawa hayatnya tidak lama lagi, Heidi bertekad ingin membunuh Angeline buat kali terakhir. Disebabkan itu Heidi bertindak menculik Angeline dan ingin membunuhnya. Bagaimanapun, berlakunya pergelutan diantara Angeline dan Heidi dimana ketika itu Heidi ingin menembak Angeline dengan pistol ditangannya namun kemudian dia telah tertembak Marcel yang ketika itu ingin melindungi Angeline daripada tembakan tersebut. Marcel sempat meminta maaf kepada Angeline diatas segala kesilapannya selama ini dan sesudah itu, Marcel akhirnya meninggal dipangkuan Angeline. Manakala Heidi kini dipenjarakan. Selepas kematian Marcel, Angeline enggan melawat Heidi dipenjara disebabkan dia masih menyimpan perasaan marah dengan Heidi diatas segala perbuatannya selama ini. Namun setelah dia mengetahui bahawa Heidi kini menghidapi penyakit ketumbuhan yang membawa maut, membuatkan dia akhirnya menemui Heidi dipenjara. Sewaktu berada dipenjara, Heidi sempat meminta maaf dengan Angeline diatas perbuatannya selama ini dan sesudah itu, Heidi meninggal dunia. Setelah kematian Heidi, Angeline dan Nigel akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak sokongan[sunting | sunting sumber]

Keluarga Santos
Keluarga Salcedo
Keluarga Armada

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Watak undangan[sunting | sunting sumber]

Perbezaan kedua-dua siri[sunting | sunting sumber]

Versi Korea Versi Filipina
Perkahwinan Eun-jae dan Gyo-bin bertahan selama 7 tahun. Perkahwinan Angeline dan Marcel bertahan selama 5 tahun.
Gyo-bin dan Ae-ri mempunyai anak lelaki. Marcel dan Heidi tidak mempunyai anak.
Setelah kematian Eun-jae, Gyo-bin dan Ae-ri berkahwin. Setelah kematian Angeline, Marcel dan Heidi bertunangan.
Eun-jae dilemaskan dilaut oleh Gyo-bin pada siang hari. Angeline dilemaskan dilaut oleh Heidi pada malam hari.
Lady Min dan Ha-jo pernah ada anak luar nikah iaitu Star namun dilarikan oleh Ha-jo ketika dilahirkan dan diberikan nama sebagai Ha-neul. Lady Armada dan Romeo pernah mempunyai anak luar nikah namun meninggal saat dilahirkan.
Eun-jae merupakan jurusolek dan pembuat krim kosmetik di Min Beauty Shop. Angeline merupakan jurusolek dan peragawati di House Of Armada
Eun-jae bercerai dengan Gyo-bin dan berkahwin semula dengan Gyo-bin. Angeline tidak bercerai dengan Marcel dan mereka tidak berkahwin semula.
Eun-jae menyamar sebagai So-hee, iaitu anak gadis Lady Min dan mengubah gigi, warna kuku dan menambah tahi lalat dibahagian bawah mata. Angeline menyamar sebagai Chantal, iaitu anak didik Lady Armada dan hanya membuang tanda lahir dibelakang badannya.
Ae-ri tiada rakan sekutu. Heidi mempunyai rakan sekutu bernama Leslie
Eun-jae enggan menemui keluarga kandungnya dalam misi membalas dendam walaupun dibenarkan oleh Lady Min dan Gun-Woo. Namun mereka bertemu pada akhirnya. Angeline ingin menemui keluarga kandungnya namun dilarang oleh Lady Armada. Namun pada akhirnya dia membenarkan Angeline bertemu keluarganya setelah dipujuk oleh Nigel.
Eun-jae sebagai So-hee bertemu semula dengan Gyo-bin di majlis tari menari. Angeline sebagai Chantal bertemu dengan Marcel di majlis pelancaran produk baru syarikat Armada.
Selain Ha-neul, Ha-jo mempunyai dua anak dengan Mi-in iaitu Gyo-bin dan Su-bin Romeo hanya mempunyai anak tunggal lelaki dengan Stella iaitu Marcel.
Ha-neul merupakan anak luar nikah Lady Min dan Ha-jo, iaitu kakak tiri kepada Gyo-bin, Su-bin dan So-hee. Madel merupakan adik perempuan Romeo dan makcik saudara kepada Marcel.
Kehilangan So-hee sebenar tidak diceritakan secara terperinci. Kehilangan Chantal sebenar diceritakan secara terperinci.
So-hee kembali sebagai watak antagonis yang bekerjasama dengan Ae-ri untuk menjatuhkan Eun-jae. Chantal kembali sebagai watak protagonis pada awalnya namun kemudian menjadi antagonis lalu menjadi musuh kepada Angeline.
Eun-jae dan Lady Min mengembalikan semula harta Ha-jo yang dirampas mereka. Angeline dan Lady Armada tidak mengembalikan semula harta Romeo.
Setelah Bella Beauty Shop dirampas Eun-jae, Ae-ri kembali bekerja dengan Eun-jae sebagai staf biasa. Setelah Angeline berjaya ambil alih Bella France, Heidi enggan bekerjasama dengan Angeline dan mengupah Leslie untuk bongkarkan rahsia Angeline sebagai Chantal.
Eun-jae mendedahkan identiti sebenarnya dirumah keluarga Jung. Angeline mendedahkan identiti sebenarnya disebuah majlis rasmi keluarga Salcedo dikhalayak ramai.
Pada pertandingan akhir Make Up, Ae-ri menukarkan model Eun-jae kepada yang alah kepada make up dan memberi rasuah pada juri. Namun segalanya terbongkar dan Eun-jae jadi pemenang akhir. Heidi memperdaya model Angeline untuk tarik diri disaat akhir, namun Angeline menjadi model saat akhir untuk pertandingan make up tersebut lalu berjaya menjadi pemenang.
Pada episod akhir, Ae-ri dan Gyo-bin membunuh diri dilaut. Marcel mati ditembak oleh Heidi dan manakala Heidi mati dipenjara.
Eun-Jae keguguran setelah dilemaskan dilaut oleh Gyo-bin yang tidak menginginkan anak itu. Angeline keguguran akibat mati lemas setelah bertengkar dengan Heidi ditebing bukit. Marcel tidak terlibat.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Diawal proses penggambaran drama ini, watak utama sebagai Angeline Santos dan Chantal Gonzales didalam drama bersiri ini sepatutnya diberikan kepada Angel Locsin, iaitu anak kepada salah satu pelakon dalam drama ini, Rio Locsin. Namun pada akhirnya pengarah memberikan watak tersebut kepada Marian Rivera disebabkan kejayaan Rivera dalam menjayakan watak yang sama sebagai MariMar Perez dan Bella Aldama didalam drama bersiri MariMar sebelum ini.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Accolades received by Temptation of Wife
Tahun Acara Kategori Penerima Keputusan Ref.
2012 Anugerah FMTM ke-4 2012 Top 10 Best Philippine TV Series Temptation of Wife Termasuk [1][2]
Best Actress in a Drama Series Marian Rivera Tercalon
2012 Primetime Queen Menang
Most Popular TV Series Character as Chantal Tercalon
TV Entertainment Artist of the Year Termasuk
Most Popular TV Actress Termasuk
Most Popular TV Series Villain Glaiza de Castro Menang
Most Promising New TV Series Love Team Marian Rivera & Rafael Rosell Tercalon
2013 8th Seoul International Drama Awards Programmer's Choice for Best Drama Series Temptation of Wife Tercalon [3][4]
27th PMPC Star Awards for Television Best Drama Actress Marian Rivera Menang [5]
18th Asian Television Awards Best Actress in a Leading Role Tercalon [6]
2014 5th ENPRESS Golden Screen Television Awards Outstanding Adapted Drama Program Temptation of Wife Menang [7]
Outstanding Performance by an Actress in a Drama Series Marian Rivera Tercalon
Outstanding Supporting Actress in a Drama Series Glaiza de Castro Tercalon
4th Northwest South Samar State University Students Choice Awards Best Actress in a Primetime Teleserye Marian Rivera Menang [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

^ http://www.gmanetwork.com/entertainment/gma/articles/2012-10-22/8107/Pinoy-version-of-Temptation-of-Wife-begins-October-29 ^ http://www.pep.ph/news/36148/marian-rivera-reveals-how-she-avoids-men-who-are-tempted-by-her-beauty ^ http://www.gmanetwork.com/news/story/279500/showbiz/dennis-trillo-hindi-pala-maganda-ang-pagiging-babaero ^ http://www.pep.ph/news/36156/rafael-rosell-clarifies-issues-about-leaving-abs-cbn-and-moving-to-gma-7-ldquoi-donrsquot-think-i-burned-any-bridgesrdquo ^ http://www.pep.ph/news/36292/cherie-gil-says-she-has-tempered-approach-to-villain-roles-after-throat-operation ^ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=862808&publicationSubCategoryId=96 ^ http://www.pep.ph/news/36182/bettina-carlos-returns-to-kapuso-network-would-rather-not-talk-about-father-of-her-child ^ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=865861&publicationSubCategoryId=70 ^ http://tv.sbs.co.kr/temptation/ ^ http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2009/04/16/2009041661456.html ^ http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2009/04/02/2009040201394.html?Dep0=chosunnews&Dep1=related&Dep2=related_all ^ http://www.mb.com.ph/node/236646/wife- ^ http://www.hancinema.net/korean_drama_Temptation_of_Wife.php#synopsis ^ http://www.pep.ph/guide/guide/7553/gma-7 ^ http://www.pep.ph/guide/guide/8200/Revenge-ends-this-Friday-in-GMA-7_ ^ http://www.pep.ph/guide/guide/8268/%20temptation-of-wife%20-airs-anew-on-gma-7-starting-tonight,-june-6 ^ http://www.journal.com.ph/index.php/entertainment/showbiz-news/25003-gma7-appoints-replacement-for-galvante ^ http://www.journal.com.ph/index.php/entertainment/showbiz-news/4195-pacman-is-still-a-kapuso ^ http://www.gmanetwork.com/entertainment/gma/videos/2012-10-06/21016/GMA-Telebabad-ang-tahanan-ng-mga-dramang-inyong-mamahalin ^ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=859428&publicationSubCategoryId=51 ^ http://www.gmanetwork.com/entertainment/gma/articles/2012-09-29/8061/GMA-Networks-statement-on-Haram ^ http://www.malaya.com.ph/index.php/entertainment/14649-bea-keeps-mum ^ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=862852&publicationSubCategoryId=51 ^ http://www.pep.ph/news/36151/dennis-trillo-on-playing-a-womanizer-in-temptation-of-wife-ldquohindi-pala-maganda-ang-pagiging-babaerordquo/1/2 ^ http://www.malaya.com.ph/index.php/entertainment/10571-marian-in-pinoy-version-of-temptation-of-wife ^ http://www.journal.com.ph/index.php/entertainment/showbiz-news/37240-alessandra-junks-torrid-kissing ^ http://www.pep.ph/guide/guide/10672/rafael-rosell-transfers-to-gma-7-will-soon-co-star-with-marian-rivera-and-dennis-trillo ^ http://www.pep.ph/news/35290/Rafael-Rosell-says-moving-to-GMA-7-will-help-him-grow-as-a-person ^ http://www.pep.ph/guide/guide/10739/rafael-rosell-signs-exclusive-contract-with-gma-network ^ http://www.gmanetwork.com/news/story/274573/showbiz/rafael-rosell-maghahanda-ng-husto-para-sa-temptation-of-wife ^ http://www.manilatimes.net/index.php/life-and-times/showtime/34024-dennis-trillo-up-close ^ http://www.journal.com.ph/index.php/entertainment/showbiz-news/37835-john-lloyd-gave-angelica-a-diamond-ring ^ http://www.pep.ph/news/36046/marian-rivera-ldquonaniniwala-ako-sa-kung-ano-ang-meron-kami-ni-dong-at-naniniwala-ako-kay-dong-kung-gaano-niya-ako-kamahalrdquo ^ "Temptation of Wife ends as most-watched TV show". April 11, 2013. Retrieved January 28, 2018. ^ http://www.gmanetwork.com/entertainment/gma/articles/2013-01-08/8296/Temptation-of-Wife-continues-to-reign-over-its-counterparts-as-2013-begins ^ http://gulfnews.com/arts-entertainment/celebrity/showbiz-tsismis-news-in-brief-1.1128482 ^ http://www.journal.com.ph/index.php/entertainment/showbiz-news/42482-derek-respects-ritz ^ http://www.gmanetwork.com/entertainment/gma/videos/2013-01-29/22304/Panalo-na-on-air-Panalo-pa-online ^ http://entervrexworld.wordpress.com/2013/01/20/list-of-winners-revealed-for-the-4th-fmtm-awards-2012-for-tv-entertainment-section/ ^ http://www.seouldrama.org/KR/ Diarkibkan 2012-05-06 di Wayback Machine ^ http://www.pep.ph/news/39595/glai

  1. ^ Panalo na on air, Panalo pa online! (dalam bahasa filipino). GMA News on YouTube. January 28, 2013. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "List of Winners Revealed for the 4th FMTM Awards 2012 for TV Entertainment Section!". January 20, 2013.
  3. ^ "Seoul International Drama Awards". www.seouldrama.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-06. Dicapai pada 2018-04-17.
  4. ^ Marasigan, Ruben (July 18, 2013). "Glaiza de Castro happy about nomination of Temptation of Wife in Seoul International Drama Awards". PEP.ph. Dicapai pada September 2, 2020.
  5. ^ "Full list of winners of the 27th Star Awards for Television". LionhearTV. Dicapai pada April 28, 2020.
  6. ^ "2013 Nominations List". Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2013. Dicapai pada November 13, 2013.
  7. ^ Calderon, Ricky (February 12, 2014). "Golden Screen TV Awards nominees revealed". PEP.ph. Dicapai pada September 2, 2020.
  8. ^ 24Oras: Kapuso Network, big winner sa 4TH Northwest Samar State University Students Choice Awards [24Oras: Kapuso Network, big winner on the 4TH Northwest Samar State University Students Choice Awards] (dalam bahasa filipino). GMA News on YouTube. March 12, 2013. Dicapai pada September 1, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)