Tempuling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tempuling-tempuling khas digunakan oleh orang Inuit, unaaq (bahasa Inuktitut: ᐅᓈᖅ), berukuran panjang 172 sm

Tempuling adalah alat berupa tombak panjang digunakan untuk memancing ikan, udang dan sotong malah juga untuk memburu mamalia laut besar seperti ikan paus, anjing laut dan sebagainya.

Badan atau "tangkai" alat ini boleh diperbuat dari besi, buluh,[1] kayu mahupun tulang haiwan.[2] Matanya bercangkuk mudah mengait cengkam manakala hujungnya bertelinga dipasangkan kepada tali yang cukup panjang untuk menarik haiwan diburu baik di air dalam atau cetek.[1] Tangkai tempuling dibaling dengan tangan yang kuat sementara tangan sebelahnya memegang tali pengikat. Tangkai yang dilontarkan ini melepaskan mata yang mengena pada haiwan sasaran sebelum dapat ditarik kembali.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Evawarni (2011). Teknologi tradisional yang berhubungan dengan mata pencarian di Daik Lingga. Jakarta: Balai Pelestarian Sejarah dan Nilai Tradisional Tanjungpinang. m/s. 57-48. ISBN 978-979-1281-48-5.
  2. ^ Arnold, Charles D. (March 1989). "Arctic Harpoons" (PDF). Arctic. Institut Artik Amerika Utara, Universiti Calgary, Kanada. 42 (1): 80–81.