Tempur (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majalah Tempur
Majalah Tempur keluaran bulan Jun 2007.[1]
Kategori Ketenteraan
Penerbit Rias Suasana Sdn Bhd
Diterbitkan pada April 2002
Harga senaskah RM 15.00[2]

Tempur merupakan sebuah majalah dwi-bahasa yang diterbitkan di Malaysia. Ia mengkhusus di dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau. Skop majalah TEMPUR merangkumi pelbagai isu dari sistem persenjataan, industri pertahanan, sejarah peperangan dan konflik, isu pertahanan semasa, laporan aktiviti serta perolehan ATM dan sebagainya.

Secara umumnya majalah ini ditulis dalam Bahasa Melayu, Walau bagaimanapun beberapa artikelnya ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan sebuah majalah khusus tentang kelengkapan, strategi, teknologi dan maklumat ketenteraan dan diterbitkan secara bulanan.

Majalah Tempur mula diterbitkan pada April 2002, pasukan penyunting TEMPUR merangkumi wartawan pertahanan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang tersebut. Keunikan TEMPUR ialah ia mampu memberikan pelbagai maklumat terperinci mengenai sesuatu isu yang berkaitan dengan pertahananan dan persenjataan yang sukar diperolehi didapati pada mana-mana penerbitan tempatan lain.

Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, penerbitan Majalah Tempur telah dihentikan pada tahun 2012.

Pada Mac 2017, Majalah Informasi Tempur telah diterbitkan dan dianggap sebagai pengganti (successor) kepada Majalah Tempur yang terdahulu. Keluaran pertama Majalah Informasi Tempur menyiarkan rencana mengenai celoreng tentera darat, konflik Yaman-Saudi, pistol Glock dan pelbagai lagi.

  • Majalah Informasi Tempur diterbitkan oleh Sunray Media Sdn Bhd manakala Majalah Tempur pula diterbitkan oleh Rias Suasana Sdn Bhd. Kedua-dua majalah ini merupakan dua penerbitan yang berbeza walaupun dibarisi oleh editor dan penulis rencana yang sama.

Penerbitan majalah Informasi Tempur hanya bertahan selama 3 keluaran sahaja pada 2017 berikutan kos percetakan yang semakin meningkat. Para pembaca boleh melayari Facebook Informasi Tempur bagi mendapatkan info terkini keselamatan dan pertahanan dalam dan luar negara.

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kredit kepada Tempur
  2. ^ Harga di Semenanjung Malaysia pada 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]