Temuan Takdir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Temuan Takdir
PengarahDhyan Vimal
Dihasilkan olehDhyan Vimal
DibintangiZahim Albakri
Vanida Imran
Ery Zukhairi
Azura Zainal
Amai Kamaruddin
Malieq Abdullah
Thanuja Ananthan
Syarikat
penerbitan
Zazen Design and Production
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
11 Ogos 2016
Masa tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Temuan Takdir merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2016 arahan Dhyan Vimal terbitan Zazen Design and Production. Filem ini ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ASP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang perompak iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari dalang yang merancang segala-galanya. Takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Temuan Takdir diarahkan oleh Dhyan Vimal dalam kerjaya sulungnya sebagai sutradara dan kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1 juta. Sebelum menduduki kerusi pengarah, Dhyan pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual peralatan perubatan ke hospital. Beliau dipetik sebagai berkata: "Saya sentiasa mahu membuat filem, kerana saya telah menjadi peminat filem sejak zaman kanak-kanak."[2] Barisan pelakon terdiri daripada pelakon berpengalaman termasuk Ery Zukhairi, Zahim Albakri, Jalaluddin Hassan dan Vanida Imran.[2] Bekas ratu cantik Malaysia, Thanuja Ananthan membuat penampilan lakonan pertamanya dalam filem ini, memegang watak sebagai seorang wanita yang kuat dan bebas yang menaruh hati dalang di sebalik rompakan.[2][3] Temuan Takdir ialah penampilan filem sulung pengacara TV, Azura Zainal yang bergandingan dengan Ery Zukhairi dan pelakon Kiranjit Kaur.[2][4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Temuan Takdir memulakan tayangan permaidani merah pada 8 Ogos 2016 dan ditayangkan secara rasmi pada 11 Ogos 2016.[5] Buat pertama kali dalam sejarah, Temuan Takdir ditayangkan di peringkat antarabangsa dalam 33‎ penerbangan AirAsia A320 yang diwakili oleh pelakon utamanya Ery Zukhairi, tiga hari sebelum tayangan perdana, dan ditayangkan secara global pada ketinggian 36,000 kaki.[6][7] Temuan Takdir telah dipertontonkan di Biograf Victoria Svenska Bio (Victoria Theatre) pada 20 Oktober 2016 di Stockholm, Sweden.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Anugerah Filem Los Angeles[8] Pengarah Baru Terbaik Dhyan Vimal Menang
Skor Asal Terbaik Krishinthen Shanmugam Menang
Festival Filem Antarabangsa Chandler Pembikin Filem Baru Terbaik Dhyan Vimal Menang
Festival Filem London Anugerah Kemanusiaan Terbaik Temuan Takdir Menang
Accolade Global Film Competition Award of Recognition Temuan Takdir Menang
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Harapan Lelaki Ery Zukhairi Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Athirah Zulkifli (18 Julai 2016). "Temuan Takdir bukan sekadar filem polis biasa, ia penuh aksi mendebarkan". Intrend. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  2. ^ a b c d Dennis Chua (12 Ogos 2016). "'Temuan Takdir' showcases the human side of tough cops". New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  3. ^ Mumtaj Begum (15 Ogos 2016). "Former Miss Malaysia wants to play a superhero". Star2. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  4. ^ Muhammad Azrul Radi (1 Ogos 2016). "Temuan Takdir Azura, Ery". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  5. ^ "Temuan Takdir: We all meet our fate eventually". Astro Awani. 23 Mei 2016. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  6. ^ "'Temuan Takdir', filem pertama ditayangkan di awan biru". Sinar Harian. 26 Julai 2016. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  7. ^ Kemalia Othman (27 Julai 2016). "Filem 'Temuan Takdir' Ditayang Dalam Penerbangan AirAsia Sebelum Ke Pawagam". mStar Online. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  8. ^ Dennis Chua (23 Januari 2017). "Temuan Takdir wins Best New Director and Best Original Score". New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]