Tenaga tentu
Tenaga tentu | |
---|---|
Simbol lazim | |
Unit SI | J/kg |
Unit lain | kcal/g, W⋅h/kg, kW⋅h/kg, Btu/lb |
Dalam unit asas SI | m2/s2 |
Intensif? | Ya |
Terbitan | |
Dimensi |
Nilai Tenaga tentu ialah nilai tenaga per unit jisim. Nilai ini digunakan untuk menilai jumlah haba yang tersimpan serta ciri-ciri termodinamik seperti tenaga dalaman tentu, entalpi tentu, tenaga bebas Gibbs serta tenaga bebas Helmholtz tentu. Nilai ini juga digunakan dalam penilaian tenaga keupayaan dan kinetik suatu bahan. Tenaga tentu adalah bersifat intensif (tak bersandaran nilai lain), dengan tenaga dan jisim adalah ekstensif.
Unit SI bagi nilai tenaga tentu ialah joule per kilogram (J/kg). Unit-unit lain juga digunakan dalam konteks tertentu seperti kilokalori per gram (Cal/g atau kcal/g), biasanya dalam hal-ehwal makanan, watt jam per kilogram pada bateri, dan unit imperial, BTU per paun (Btu/lb) dalam beberapa bidang kejuruteraan dan teknikal.[1]
Konsep tenaga tentu adalah berkait, tetapi berbeza dengan konsep tenaga molar kimia, yakni nilai tenaga per mol bahan, yang menggunakan unit-unit seperti J/mol, kJ/mol atau kcal/mol.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kenneth E. Heselton (2004), "Boiler Operator's Handbook". Fairmont Press, 405 pages. ISBN 0881734357
- ^ Jerzy Leszczynski (2011), "Handbook of Computational Chemistry". Springer, 1430 pages. ISBN 940070710X