Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Utama Raja

Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah

DK (Kelantan); SJMK; DJMK
تڠكو عبدالعزيزبن تڠکو محمد حمزة
Duta Besar Malaysia ke Belanda
Dalam jawatan
1978–1982
RajaSultan Yahya Petra
Sultan Ahmad Shah
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
Dalam jawatan
1975–1978
RajaSultan Yahya Petra
Butiran peribadi
Lahir(1933-09-10)10 September 1933
Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Meninggal dunia20 September 2020(2020-09-20) (umur 87)
Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tempat persemadianMakam Diraja Langgar, Kota Bharu
PasanganTengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1960; m. 2020)
Anak-anakTengku Mohamad Rizam
Tengku Ramizan
Tengku Mohamad Rizal
Tengku Mohamad Ridzman
Ibu bapaTengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Ayahanda)
Nik Zainab binti Ismail (Bonda)
SaudaraTengku Azizah (kekanda)
Tengku Zain (kekanda)
Tengku Maziah (kekanda)
Tengku Razaleigh (adinda)
Tengku Robert (adinda)
HubunganTengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
(anakanda saudara/biras)
PekerjaanDuta Besar

Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (10 September 1933–20 September 2020) ialah seorang diplomat Malaysia dan ahli kerabat diraja Kelantan. Beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga 1982. Beliau merupakan kekanda kepada bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Aziz telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan putera sulung kepada Menteri Besar Kelantan ke-12, Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Ismail. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid yang merupakan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Abdul Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong di samping mendapat asuhan agama di rumahnya. Dalam tahun 1945, beliau menuntut di Maktab Sultan Ismail dan dalam tahun 1956 hingga 1958, beliau berangkat melanjutkan pelajaran di Australia.[2][3]

Sejarah lantikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan sebanyak dua kali. Kali pertama ialah ketika ayahanda mentuanya, Sultan Yahya Petra membuat lawatan ke Jepun, Taiwan dan Hong Kong, di mana beliau menjadi Pemangku Raja selama dua bulan, bermula dari 18 April 1966 hingga 3 Julai 1966.[4] Semasa ayahanda mentuanya menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur, Tengku Abdul Aziz berkhidmat semula sebagai Pemangku Raja selama dua bulan mulai 13 Disember 1967 hingga 4 Februari 1968.[5]

Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) pada 21 September 1965 sebelum diganti oleh Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 25 April 2010.[6][7]

Tengku Abdul Aziz merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dari 1 Januari 1967 hingga 31 Mei 1975.[8]

Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga 1982.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Aziz telah melangsungkan perkahwinan dengan puteri sulung Sultan Kelantan ke-27, Sultan Yahya Petra iaitu Tengku Merjan pada 22 Januari 1960. Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Mohamad Rizam (Tengku Temenggong Kelantan), Tengku Ramizan, Tengku Mohamad Rizal dan Tengku Mohamad Ridzman.[9]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Aziz telah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 2.37 pagi, 20 September 2020. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[10]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Aziz telah dikurniakan gelaran Tengku Sri Utama Raja oleh ayahanda mentuanya, Sultan Yahya Petra pada tahun 1962.[11] Antara anugerah yang dianugerahkan kepadanya adalah seperti berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tengku Abdul Halim dilantik YDP MPN Kelantan yang baru Berita Harian
  2. ^ https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz
  3. ^ Riwayat ringkas bekas Pemangku Raja Kelantan
  4. ^ "Kelantan Ruler leaves for a holiday". The Straits Times. 19 April 1966. m/s. 8.
  5. ^ "Tengku Abdul Aziz is Regent of Kelantan". The Straits Budget. 20 December 1967. m/s. 7.
  6. ^ "3 di-lantek menyandang jawatan istana". Berita Harian. 22 September 1965. m/s. 7.
  7. ^ YDP Majlis Perajaan Kelantan diganti
  8. ^ KHAZANAH BALAI
  9. ^ "PERKAHWINAN PUTERI TENGKU MAHKOTA, PUTERA BEKAS M.B." Berita Harian. 23 January 1960. m/s. 1.
  10. ^ Ayahanda Tengku Temenggong Kelantan mangkat
  11. ^ "Five new datos in the honours list". The Straits Budget. 18 July 1962. m/s. 11.
  12. ^ "Sultan Brunai menerima kurniaan". Berita Harian. 11 July 1968. m/s. 7.
  13. ^ "Anugerah hari keputeraan Sultan". Berita Harian. 18 July 1965. m/s. 5.
  14. ^ "Five new datos in the honours list". The Straits Budget. 18 July 1962. m/s. 11.