Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tengku Abdul Rahman
Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang
Keputeraan (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 61)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya
Pasangan1) Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang Cik Puan Muda Julita Aishah binti Abdul Latiff (k. 2002)
2) Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip (k. 2012)
Anakanda
  • YM Tengku Ameera Asya
  • YM Tengku Eddie Akasyah
  • YM Tengku Ahmad Firhan Shah
  • YM Tengku Armaan Alam Shah
Nama penuh
Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
KerabatIstana Abu Bakar, Pekan, Pahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaTengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1960-08-23)23 Ogos 1960 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang) merupakan anakanda kelima baginda dan putera kedua kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan. Yang Amat Mulia ialah kerabat bergelar Pahang dengan gelaran Tengku Muda Pahang.[1]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Abd Rahman telah melanjutkan pengajian di Harrow College Middlesex, UK dan berjaya mendapat ijazah Sarjana (MBA). Beliau merupakan paduka anakanda kelima daripada tujuh adik-beradik kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan. Kakanda beliau adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jumaah Pemangku Raja Pahang[sunting | sunting sumber]

Tengku Abd Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang pada 15 Februari 2019 hingga 15 Disember 2019.

Pelantikan beliau diadakan mengikut Fasal 1 (a) Perkara 18 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri iaitu jika sekiranya Raja Pemerintah dipilih memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka Raja Pemerintah boleh melantik Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja bagi menunaikan tugas-tugas diraja sehingga sampai masanya baginda berhenti menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sementara Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah, pula dilantik menjadi Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang juga bagi tempoh yang sama.

Lima lagi yang Ahli Jumaah Pemangku Raja yang dilantik, menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang telah ditetapkan.[2]

Jumaah Pemangku Raja Pahang
Nama Gelaran Catatan Tempoh
Tengku Abd Rahman ibni Sultan Ahmad Shah Tengku Muda Pahang Pengerusi 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019
Tengku Fahd Mua’adzam Shah ibni Sultan Ahmad Shah Tengku Arif Temenggong Pahang Ahli 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019
Tengku Hajah Meriam binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Ahli 15 Februari 2019 - 15 April 2019
Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Teja Pahang Ahli 16 April 2019 - 16 Jun 2019
Tengku Hajah Aishah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Ahli 17 Jun 2019 - 17 Ogos 2019
Tengku Hajah Nong Fatimah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Ahli 18 Ogos 2019 - 18 Oktober 2019
Tengku Hajah Shahariah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Bongsu Pahang Ahli 18 Oktober 2019 - 15 Disember 2019

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Abdul Rahman
Coat of arms of Pahang.svg
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 23 Ogos 1960 – 8 Mei 1974 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman ibni Tengku Ahmad Shah
  • 8 Mei 1974 – 24 Oktober 1986 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 24 Oktober 1986 - 15 Februari 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang
  • 15 Februari 2019 – 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang dan Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
  • 22 Mei 2019 — 15 Disember 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang dan Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
  • 15 Disember 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang

Penganugerahan Kurniaan Darjah[sunting | sunting sumber]

Tengku Abd Rahman telah dianugerahkan.

  • MY-PAH Family Order of the Crown of Indra of Pahang - DK II.svg Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K II)
  • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (S.S.A.P)

Nama penuh Tengku Abd Rahman berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tengku Muda Pahang Darul Makmur, D.K, S.S.A.P

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Darul Makmar Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah
Tarikh keputeraan: 23 Ogos 1960
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan ketujuh
24 Oktober 1986-Kini
Diikuti oleh:
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah