Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang
Tengku Panglima Perang
Pemerintahan1 Ogos 2022 - kini
Pemasyhuran1 Ogos 2022
Didahului olehTengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
Tengku Panglima Muda
Pemerintahan15 Ogos 2019 – 1 Ogos 2022
Pelantikan15 Ogos 2019
KeputeraanTengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Bin Tengku Abdullah
(2000-09-11)11 September 2000 (Umur 23 tahun dan 20 hari)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Nama penuh
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatPahang Darul Makmur
AyahandaAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan 11 September 2000) merupakan putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan pewaris takhta yang ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Beliau juga merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah serta anak yang ke-3 daripada 5 orang adik beradik kandung.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory School, Farnham Royal, United Kingdom. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Haileybury School dan Epsom College, kemudian menyambung pelajaran lebih tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kriminologi dan Sosiologi di Royal Holloway, University of London.

Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Ismail telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia pada 7 Jun 2022. Beliau menghadiri Commissioning Course di Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom bermula 22 Ogos 2022 hingga 18 Ogos 2023.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan Gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 11 September 2000 – 15 Januari 2019: Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Tengku Abdullah Al-Haj
  • 15 Januari 2019 - 15 Ogos 2019: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 15 Ogos 2019 - 1 Ogos 2022: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 1 Ogos 2022 - kini: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kurniaan Pahang[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang Darul Makmur :
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (15 Ogos 2020)

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tarikh keputeraan: 11 September 2000
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tengku Arif Bendahara
Pewarisan takhta Pahang
tempat ke-3
Diikuti oleh
Tengku Muda Pahang



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.