Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri
Tengku Maharani Putri
Tempoh3 Mac 2019 – kini
KeputeraanTengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
(1984-06-26) 26 Jun 1984 (umur 38)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganYAM Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (k. 2013)
Anakanda
Butiran
1. YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
2. YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
3. YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
4. YAM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra (diputerikan pada 26 Jun 1984) merupakan puteri tunggal dan anakanda bongsu kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Yang Amat Mulia juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, dan Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin memulakan pendidikan awal di Tadika Tengku Anis. Yang Amat Mulia meneruskan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Zainab 2 sebelum menyambung ke pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang. Yang Amat Mulia melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) (Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (lIUM). Yang Amat Mulia kemudiannya meneruskan lagi minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) di University of Melbourne, Australia.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat belajar pada 20 Jun 2006, Tengku Amalin menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penyembur. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang pelajar sekolah agama kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguat kuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.

Pada 15 Julai 2009 iaitu setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, Tengku Amalin berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Sivil) dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar sehingga 15 Julai 2012. Tugasnya ialah mendengar dan menentukan pertikaian antara litigasi dalam kes sivil, dan hukuman mereka jika sabit kesalahan. Tengku Amalin menubuhkan firma guaman sendiri Messrs Tengku Amalin & Faizi pada 25 November 2013.

Pernikahan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin telah melangsungkan pernikahan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, anakanda saudara Sultan Brunei di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan pada 27 Jun 2013.

Cahaya mata[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin telah dikurniakan dengan tiga orang puteri dan seorang putera iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri (diputerikan pada 13 April 2014), Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri (diputerikan pada 24 Jun 2016), Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri (diputerikan pada 12 Februari 2020) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin (diputerakan pada 26 Jun 2022).

Gelaran kebesaran[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Maharani Putri bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V pada 3 Mac 2019.

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Amalin A'ishah Putri
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 26 Jun 1984 - 3 Mac 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 3 Mac 2019 - 28 September 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 28 September 2019 - kini : Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin telah dianugerahkan:[2][3]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Royal Ark
  2. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  3. ^ "Kelantan princess honoured".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]