Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tengku Amir Shah
Raja Muda Selangor
Raja Muda Selangor
Tempoh pemerintahan 8 Oktober 2016 - kini
Istana rasmi Istana Alam Shah, Klang, Selangor
Didahului oleh Tengku Idris Shah
Nama penuh
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Kerabat diraja Istana Mestika, Shah Alam, Selangor
Ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Bonda Cik Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah (née Lisa Davis)
Keputeraan (1990-12-12) 12 Disember 1990 (umur 27) (umur 27 tahun dan 3 hari)
Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat
Agama Islam Sunni

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (diputerakan pada 12 Disember 1990) merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan warga Amerika Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah. Baginda merupakan Raja Muda Selangor dan merupakan pewaris takhta bagi Kerajaan dan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada tahun lepas, baginda sentiasa turun padang dan membantu rakyatnya serta dianggap sebagai seorang Putera yang berjiwa rakyat.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kakanda sebapa iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.

Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.