Tengku Ampuan Raihani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Ampuan Raihani
Tengku Ampuan Brunei dan Suri Singgahsana Negara Brunei
Tengku Ampuan Brunei
Tempoh30 April 1934 – 4 Jun 1950
Penobatan17 Mac 1940
KeputeraanTengku Raihani binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
(1911-10-11)11 Oktober 1911
Istana Bandar Temasha, Kampung Bandar, Jugra, Kuala Langat
Kemangkatan22 September 1993(1993-09-22) (umur 81)
PemakamanBangunan Makam Tengku Ampuan, Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang, Selangor
Suami
Anakanda
  • YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien
Nama penuh
Tengku Raihani binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
AyahandaSultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
BondaCik Puan Anjong Negara Maimunah binti Abdullah
AgamaIslam

Tengku Raihani binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (11 Oktober 1911 – 22 September 1993) merupakan Raja Isteri kepada Sultan Brunei, Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien serta Raja Kamaluddin ibni Raja Harun Al-Rashid. Baginda merupakan Tengku Ampuan Brunei hasil perkahwinan dengan Sultan Brunei.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien, Sultan Brunei merupakan paduka putera kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam Aqamaddin. Pada 30 April 1934, Tengku Raihani berkahwin dengan baginda di Istana Negara, Klang mengikut adat istiadat diraja Selangor dan Brunei. Disebabkan oleh perkahwinan ini, terjalinlah hubungan antara kerabat diraja Brunei dengan kerabat diraja Selangor. Istiadat akad nikah diadakan di Masjid Jami'ah Al-Rahmah, Klang. Rombongan pengantin putera terdiri daripada bonda baginda, Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Fatimah, adinda baginda Pengiran Muda Omar Ali Saifuddin, pembesar negeri, ahli kaum kerabat diraja Brunei termasuk pembawa alat kebesaran dan kumpulan naubat.[1]

Setelah Sultan Ahmad Tajuddin lindung, Tengku Ampuan Raihani berkahwin pada usia 47 tahun dengan Raja Kamaluddin ibni Raja Harun Al-Rashid pada hari Sabtu 18 Ogos 1956 di Istana Bukit Kota, Klang. Suaminya yang berusia 38 tahun pada waktu itu merupakan ahli kaum kerabat diraja negeri Perak.[2] Baginda tidak dapat lagi memakai alat kebesaran diraja Brunei dan menerima elaun bulanan memandangkan baginda berkahwin dengan orang lain.

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Tengku Ampuan Raihani telah berkahwin dengan Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien pada tahun 1934 dan dikurniakan dengan seorang puteri gahara manakala suami kedua baginda tidak dikurniakan sebarang zuriat.

Nama Keputeraan Kemangkatan Perkahwinan Anakandanya Cucundanya
Tarikh Pasangan
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani 15 Oktober 1935 - Tengku Pengiran bin Tengku Orang Kaya Menteri Tengku Abdul Aziz Shah Tengku Putera Pawzy
YM Tengku Putera Amir Farouk YM Tengku Muhammad Haziq
YM Tengku Putera Muhammad Harris Fadizllah YM Tengku Putera Muhammad Amar Faris
YM Tengku Puteri Amal Farizah

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 1993, Tengku Raihani mangkat disebabkan oleh barah ginjal. Almarhumah dimakamkan di Bangunan Makam Tengku Ampuan, Makam Diraja Selangor disebabkan tarafnya sebagai Tengku Ampuan walaupun baginda menjadi Tengku Ampuan di negeri lain.

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 11 Oktober 1911 – 30 April 1934: (Yang Amat Mulia) Tengku Raihani binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
  • 30 April 1934 – 31 Mac 1938: (Duli Yang Teramat Mulia) Tengku Ampuan Brunei Tengku Raihani binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
  • 31 Mac 1938 – 4 Jun 1950: (Duli Yang Maha Mulia ) Tengku Ampuan Brunei Tengku Raihani binti Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
  • 4 Jun 1950 – 22 September 1993: (Yang Amat Mulia) Tengku Raihani binti Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""The little sultan": Ahmad Tajuddin II of Brunei, Gerard MacBryan, and Malcolm Macdonald'". Free Online Library. Dicapai pada 22 April 2018.
  2. ^ "Perkahwinan Bekas Raja Isteri Brunei di Malaya" (PDF). Pelita Brunei. 16 Ogos 1956. m/s. 5. Dicapai pada 22 April 2018.
  3. ^ Selangor 7