Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
Yang Maha Mulia Raja Perempuan
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan
Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
Raja Perempuan
Tempoh pemerintahan 13 September 2010 – kini
Pendahulu Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Menteri Besar
Raja Perempuan Kelantan
Tempoh pemerintahan 30 Mac 1979 – 13 September 2010
Pertabalan 30 Mac 1980
Pendahulu Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Menteri Besar
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan 1 Januari 1969 – 30 Mac 1979
Pelantikan 1 Januari 1969
Pendahulu Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Pengganti Tengku Zubaidah Binti Tengku Nuruddin
Menteri Besar
Keputeraan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
(1949-01-06) 6 Januari 1949 (umur 69)
Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra (k. 1968)
Anakanda Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Nama penuh
Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
Kerabat Kerabat Diraja Kelantan
Ayahanda YAM Almarhum Tengku Abdul Hamid Ibni Almarhum Tengku Muda
Bonda YAM Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Hamzah
Agama Islam
Kerabat Diraja Kelantan
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM Sultan Muhammad V, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid (diputerikan pada 6 Januari 1949) merupakan bekas Raja Perempuan Kelantan. Baginda merupakan permaisuri (isteri) kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid diputerikan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dan juga Pattani. Merupakan puteri kepada YAM Almarhum Tengku Abdul Hamid Ibni Almarhum Tengku Muda dan YAM Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Raja Perempuan Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda.

Perkahwinan dan Anakanda[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968. Ketika itu Baginda berdua berusia 19 tahun. Adat istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Kota Lama. Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri. Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad ke 5 menjadi Sultan Kelantan setelah suami baginda jatuh gering. Putera kedua dan ketiga baginda ialah Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Mahkota Kelantan) dan Tengku Muhammad Fakhry Petra. Satu-satunya puteri baginda, Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan majistret wanita pertama di Kelantan.

Gelaran Diraja[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota Kelantan pada 1 Januari 1969 oleh ayahanda mertua baginda DYMM Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar Kota Bharu. Baginda ditabalkan menjadi DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 3 Mac 1980 apabila suami baginda menjadi KDYMM Sultan Kelantan ke 28. Baginda bergelar Raja Perempuan Kelantan selama 30 tahun sebelum turun takhta pada tahun 2010.

Setelah kegeringan Sultan Ismail Petra, Tengku Anis banyak menghabiskan masa menjaga suami baginda itu. Pada 13 September 2010, Sultan Muhammad ke 5 telah dimashyurkan selaku Sultan Kelantan yang baru. Tengku Anis dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis oleh anakanda baginda. Kini baginda hidup bersama suami baginda yang masih gering tetapi beransur pulih. DUN Negeri Kelantan juga telah meluluskan Elaun Khas Seumur Hidup kepada baginda berdua. Ini sebagai penghargaan untuk baginda berdua.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Anis
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Januari 1949 - 1 Januari 1969 : (Yang Amat Mulia) Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
  • 1 Januari 1969 - 30 Mac 1979 : (Yang Teramat Mulia) Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
  • 30 Mac 1979 - 13 September 2010 : (Duli Yang Maha Mulia) Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan
  • 13 September 2010 – Kini : (Yang Maha Mulia) Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[1]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Raja Perempuan Kelantan (sejak 30 Mac 1979):

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient (DK) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

Penghargaan negara-negara asing[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]