Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
Yang Maha Mulia Raja Perempuan
Raja Perempuan
Tempoh pemerintahan13 September 2010 – kini
PendahuluTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Menteri Besar
Raja Perempuan Kelantan
Tempoh pemerintahan30 Mac 1979 – 13 September 2010
Pertabalan30 Mac 1980
PendahuluTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
Menteri Besar
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan1 Januari 1969 – 30 Mac 1979
Pelantikan1 Januari 1969
PendahuluTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
PenggantiTengku Zubaidah Binti Tengku Nuruddin
Menteri Besar
KeputeraanTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
(1949-01-06) 6 Januari 1949 (umur 70)
Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganSultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1968; m. 2019)
AnakandaTengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Nama penuh
Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaTengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda
BondaTengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah
AgamaIslam

Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (diputerikan pada 6 Januari 1949 di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan) merupakan mantan Raja Perempuan Kelantan dan permaisuri (isteri) kepada mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra daripada perkahwinan mereka pada tahun 1968 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 2019.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid diputerikan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dari sebelah bonda dan juga Pattani dari sebelah ayahanda. Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Mohd Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih dikenali dengan gelaran Tengku Sri Maharaja. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Raja Perempuan Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda.

Perkahwinan dan Anakanda[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968 ketika Baginda berdua berusia 19 tahun. Adat istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Kota Lama. Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri. Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V menjadi Sultan Kelantan setelah suami baginda jatuh gering. Putera kedua dan ketiga baginda ialah Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Mahkota Kelantan) dan Tengku Muhammad Fakhry Petra. Satu-satunya puteri baginda, Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan majistret wanita pertama di Kelantan.

Gelaran Diraja[sunting | sunting sumber]

Tengku Anis dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota Kelantan pada 1 Januari 1969 oleh ayahanda mentua baginda DYMM Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Baginda dimahkotakan menjadi DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 30 Mac 1980 apabila suami baginda menjadi KDYMM Sultan Kelantan ke 28. Baginda bergelar Raja Perempuan Kelantan selama 30 tahun sebelum turun takhta disebabkan kegeringan DYMM Sultan Ismail Petra pada tahun 2010.

Pada 13 September 2010, KDYMM Sultan Muhammad V telah dimashyurkan selaku Sultan Kelantan yang baharu. Tengku Anis dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis oleh anakanda baginda.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Anis
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Januari 1949 - 1960: (Yang Mulia) Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
  • 1960 - 4 Deisember 1968: (Yang Mulia) Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 4 Disember 1968 - 1 Januari 1969: (Yang Amat Mulia) Isteri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 1 Januari 1969 - 30 Mac 1979 : (Yang Teramat Mulia) Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 30 Mac 1979 - 13 September 2010 : (Duli Yang Maha Mulia) Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 13 September 2010 – Kini : (Yang Maha Mulia) Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[1]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient (DK) of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander (SPMK) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

Penghargaan negara-negara asing[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]