Tengku Farith Ritahuddeen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Farith Rithauddeen

Tengku Farith Rithauddeen merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.

Merupakan Presiden dan salah seorang pengasas SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd), beliau bersama tiga rakan-rakan lain iaitu Aimi Aizal, Maznida Mokhtar dan Azmi Ahmad telah menubuhkan SKALI pada tahun 1997.

Kerjaya beliau bermula di dalam bidang perbankan di Commerce International Merchant Bankers (CIMB) dan walaupun mempunyai peluang yang cerah mendaki tangga korporat, beliau bertekad memilih untuk menjadi usahawan tekno bersama beberapa rakan-rakannya untuk meredah arus perkembangan ICT negara menerusi SKALI.

Di CIMB beliau memainkan peranan penting di dalam jabatan Kewangan Korporat dan Pemasaran Modal dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai penstrukturan korporat dan kewangan.

Melalui pengalamannya di CIMB, beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan beberapa bank pelaburan di Malaysia, para analisis, pelabur modal kapital dan para pelabur, dan terbabit di dalam pembangunan strategik konsultansi korporat untuk Pelabuhan Penang, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan KPJ Healthcare Bhd.

Seterusnya, beliau mengembangkan kerjayanya di Road Builder (M) Holdings Berhad dan bertanggungjawab di dalam pembangunan strategik untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Di Road Builder, beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan beberapa projek-projek penswastaan yang berkaitan pembinaan dan infrastruktur.

Tengku Farith juga pernah mengetuai sebuah syarikat pengeluar tempatan yang terbabit di dalam pengeluaran bahan-bahan pembinaan. Berkhidmat selama empat tahun di syarikat terbabit, beliau bertanggungjawab mengendalikan seramai 160 kakitangan dan mengendalikan dua kilang pengeluaran serentak.

Tengku Farith juga merupakan Presiden untuk Pertubuhan Usahawan Teknokrat Malaysia (TeAM) Technopreneurs Association of Malaysia. TeAM telah ditubuhkan untuk membantu pembangunan teknologi maklumat di Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pengasas NEF (New Entrepreneur Forum) sebuah badan yang membantu pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia.

Pada tahun 2002, beliau telah dipilih di dalam senarai 100 pemimpin untuk 100 Global Leaders for Tomorrow (GLT) daripada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda daripada Dewan Perniagaan Melayu Muda pada tahun 2004. [DPMM].

Kecemerlangan Tengku Farith terbukti apabila dia diberi kepercayaan menjadi ahli kounsel bagi NITC dan Technopreneur Flagship - MDC

Tengku Farith merupakan lulusan Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Carleton pada 1992.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]