Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatimah Razak
Nama lahirTengku Fatimah binti Tengku Mohd Shah Nara
Kelahiran (1944-06-12) 12 Jun 1944 (umur 79)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi

Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara atau lebih dikenali sebagai Fatimah Razak merupakan seorang penyanyi Malaysia yang aktif pada era 60-an dan 70-an.

Beliau dilahirkan di Kuching pada 12 Jun 1944 di Sarawak. Berketurunan Pagaruyung (Sumatra Indonesia)

Keluarga: Anak ketujuh daripada 12 beradik Anak: Badrul Asri, Kartina, Shasha Fazana & Shamir.

Bintang Fatimah mula bersinar apabila mengikut suaminya berhijrah ke Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) di Kuala Lumpur pada 1970. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Wanderes lalu muncul dengan album, Ku Tunggu Tak Tiba. Seterusnya, dia disambar Life Records untuk merakamkan album solo, Kumbang & Bunga.

Tidak lama selepas itu, barulah Fatimah tampil bersama album Ke Mana Di Mana, Dahaga, Aries dan Joget Pantang Larang dengan bimbingan Datuk Ahmad Nawab dan Akbar Nawab. Namun tidak beberapa lama, dugaan menimpa apabila Fatimah digam pihak RTM selama empat tahun gara-gara imej terlalu seksi

Pencapaian:[sunting | sunting sumber]

  1. Miss Sarawak 1963,
  2. Miss Telekom
  3. Miss Jaycee Queen

Kerjaya awal: Operator Telekom

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Ke mana Di Mana, 1975
  2. Dahaga, 1975
  3. Aries 1976
  4. Joget Pantang Larang 1975
  5. Pahit dan Membara 1974
  6. Resah 1975
  7. Bukalah Hatimu (duet bersama M.Sani 1974

Pautan luar[sunting | sunting sumber]