Tengku Fauziah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Fauziah

Raja Permaisuri Agong XII
13 Disember 200112 Disember 2006
Pertabalan 25 April 2002
Negeri Perlis
Pendahulu Tuanku Siti Aishah
Pengganti Tuanku Nur Zahirah

Raja Perempuan Perlis
17 April 2000 – kini
Pertabalan 14 Julai 2000
Pendahulu Tengku Budriah

Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Kelahiran (1946-06-06) 6 Jun 1946 (umur 77)
Kota Bharu, Kelantan
Putera-Puteri Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Sharifah Fazira

Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (Jawi: تڠكو فوزيه بنت المرحوم تڠكو عبدالرشيد) merupakan Raja Perempuan Perlis. Baginda diputerakan pada 6 Jun 1946. Baginda merupakan permaisuri kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Baginda juga merupakan kerabat Diraja Terengganu dan Kelantan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Fauziah ialah paduka puteri dan anakanda sulung daripada tiga orang adinda-beradinda kepada Almarhum Tengku Temenggong Abdul Rashid Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan isteri pertama baginda, Tengku Petri binti Almarhum Sultan Ibrahim. Bonda baginda ialah ahli kaum kerabat diraja Kelantan dari keturunan paduka ayahanda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan. Baginda diputerikan di Kota Bharu, Kelantan, Malaya pada 6 Jun 1946.[1]

Baginda dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Baginda menerima pelajaran di Zainab English School, Kota Bharu, Kelantan sehingga tahun 1963. Semasa di bangku sekolah baginda mengambil bahagian di dalam sukan termasuk bermain bola jaring dan rounders. Sebagai seorang pencinta seni, baginda seringkali mengambil bahagian di dalam pementasan dengan rakan-rakan. Baginda juga berminat dalam permainan tenis. Selain itu baginda gemar dalam bidang hiasan dalaman, masak memasak, menjahit, perkhidmatan sukarela dan bidang tarian Saudara Tengku Abdullah Tengku Abdul Rashid.

Perkahwinan dengan Tuanku Syed Sirajuddin[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1963 ketika berusia 17 tahun baginda telah ditunangkan dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ketika itu DYMM Tuanku Syed Sirajuddin masih menuntut di England. Sejak bertunang baginda selalu berdamping mesra dengan Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra dan DYMM Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada masa itu bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda turut bersemayam di Istana Negara dan kadangkala berangkat balik ke Kelantan. Pada tahun 1964, baginda berpeluang berangkat melawat Hong Kong.

Baginda berkahwin dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari 1967 dan 23 Oktober tahun yang sama baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri, S.P.M.P. oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Dalam tahun 1967, baginda telah melawat Bangkok. Baginda juga mengiringi DYMM Tuanku Syed Sirajuddin yang pada masa itu bertugas sebagai Pegawai dalam Pasukan Peninjau Malaysia di Pahang. Pada 30 Disember 1967 baginda dikurniakan seorang putera sulung yang diberi nama Syed Faizuddin Putra yang diputerakan di Hospital Besar Alor Setar.

Raja Puan Muda Perlis (1968–2000)[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April 1968, DYMM Tengku Fauziah telah dianugerahkan gelaran Raja Puan Muda Perlis ketika berusia 22 tahun oleh Almarhum DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan sebutan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.

Pada 31 Disember 1969 baginda bersama-sama DYMM Tunku Raja telah berangkat untuk bersemayam di Negeri Perlis.

Dalam menyumbangkan khidmat sukarela, baginda pernah dipilih sebagai Pengelola Rayuan Binaan Wisma Pahlawan Negeri Perlis pada 1 April 1970.

Selain itu baginda juga aktif dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan di negeri Perlis. Antaranya ialah sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Perlis, Naib Yang Dipertua Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajjah Budriah Perlis dan sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perlis.

Baginda telah dikurniakan seorang puteri bernama Sharifah Fazira yang dilahirkan di Hospital Besar Kangar pada 5 Jun 1973.

Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Almarhum Tuanku Syed Putra, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (S.S.P.J.) pada tahun 1997.

Pada tahun 1999, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Perlis (D.K.) oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Ulang tahun Keputeraan Baginda.

Raja Perempuan Perlis (2000–kini)[sunting | sunting sumber]

Setelah kemangkatan paduka ayahanda mentua baginda pada tahun 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis ketika berusia 54 tahun pada 14 Julai 2000.

Raja Permaisuri Agong XII (2001–2006)[sunting | sunting sumber]

Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Yang di-Pertuan Agong ke-12 di Upacara Keberangkatan Balik

Pada 13 Disember 2001, suami baginda dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sekali gus menjadikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia pada 2 Mei 2000. Sebagai Raja Permaisuri Agong, baginda menjadi penaung diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia.[2]

Keberangkatan diraja[sunting | sunting sumber]

Baginda bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan anakanda baginda berangkat menunaikan Haji di Mekah pada tahun 2000. Baginda juga turut bersama-sama Seri Paduka Baginda Tuanku telah membuat lawatan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Denmark, Austria, Itali, Switzerland, Mesir, Sepanyol, Holland, Belgium, Thailand, Arab Saudi, Indonesia, Singapura, A.S., Argentina, Brazil, Chile, Sweden, Norway, Turki, Afrika Selatan, Filipina, Mexico, Maghribi dan Jepun.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tuanku Tengku Fauziah
Panji Peribadi Diraja
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Jun 1946 – 29 April 1968 : Yang Mulia Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid
  • 30 April 1968 – 16 April 2000 : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid, Raja Puan Muda Perlis
  • 17 April 2000 – 12 Disember 2001 : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis
  • 13 Disember 2001 – 12 December 2006 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XII Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
  • 13 Disember 2006 - kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis

Gelaran penuh baginda ialah: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG), GRAND CROIX DE L’ORDER (ROYAL SASH) – CAMBODIA, KNIGHT OF THE ROYAL ORDER OF THE SERAPHIM (SWEDEN), THE ORDER OF THE SACRED TREASURE, GOLD AND SILVER STAR (JAPAN), Tuanku Raja Perempuan Perlis.

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Tengku Fauziah telah dikurniakan:[3]

Kurniaan Perlis[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kurniaan asing[sunting | sunting sumber]

Senama[sunting | sunting sumber]

Paduka anakanda[sunting | sunting sumber]

DYMM Tuanku Tengku Fauziah dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:

Nama Keputeraan Perkahwinan Cucunda mereka
Tarikh Perkahwinan
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis 30 Disember 1967 9 Mei 1994 DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah binti Datuk Khalil YAM Sharifah Khatreena Nuraniah
YAM Sharifah Farah Adriana
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail
YAM Dato' Seri Sharifah Fazira, Tengku Puteri Mahkota Perlis 5 Jun 1973 19 Mei 2000 YBhg Dato' Paduka Haji Mohamad Yaacob bin Dato' Seri Azizul Hassan Puteri Nurlin Syazwani

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis". Portal Rasmi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis. 14 November 2017. Dicapai pada 31 Mac 2018.
  2. ^ Amzan Abd. Malek, Hazira Hamzah A. (2007). Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Malaysia: PTS Media Group Sdn Bhd. m/s. 16. ISBN 978-983-3585-93-9.
  3. ^ The Royal Ark, Perlis genealogical details, p.5
  4. ^ Quirinale website
  5. ^ "Jaga-Jaga… ASFA50 Bakal Cabar Musang King!". MYNeWSHUB. 29 November 2017. Dicapai pada 31 Mac 2018.
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Raja Perempuan Perlis
2000–kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
(Tengku Permaisuri Selangor)
Raja Permaisuri Agong
2001–2006
Diikuti oleh:
Tuanku Nur Zahirah
(Sultanah Terengganu)
Susunan keutamaan di Malaysia
Didahului oleh
Sultanah Terengganu
Raja Perempuan
sebagai Raja Perempuan Perlis
Diikuti oleh:
Tengku Permaisuri Selangor