Tengku Iesta Tengku Alaudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Iesta Tengku Alaudin
Tengku Iesta mengangkat trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26
Kelahiran
Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin

(1976-01-01) 1 Januari 1976 (umur 48)
PekerjaanPenerbit filem, penerbit eksekutif, Pengurus besar Grand Brilliance[1]
Ibu bapaDatuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (bapa)
Datin Shamsiah Mohamad (ibu)
Saudara5 adik-beradik (termasuk Iedil Putra dan Tengku Iezahdiyana)

Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin (lahir 1 Januari 1976) merupakan seorang penerbit filem Malaysia dan Pengurus Besar syarikat penerbitan terkemuka Malaysia, Grand Brilliance.[1] Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid.[2] Beliau mempunyai adik-beradik seramai lima orang dan beliau merupakan anak sulung, dua daripada lima adik beliau, Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana kini bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tengku Iesta membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (2 Disember 1945 – 16 Februari 2016). Bapa beliau meninggal dunia pada 16 Februari 2016 akibat kanser tiroid pada usia 70 tahun. Tengku Iesta mempunyai dua adiknya yang terlibat dalam bidang lakonan—iaitu Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana. Dua lagi adik beliau ialah Tengku Ieras dan Tengku Iefiz.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Penerbit eksekutif[sunting | sunting sumber]

Penerbit bersekutu[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]