Tengku Mahmood Mahyideen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ketuanan Melayu Pattani Terakhir[sunting | sunting sumber]

Tengku Mahmood Mahyideen merupakan anak kedua Tengku Abdul Kadir Kamaruddin yang dilahirkan pada sekitar 1870-an merupakan kerabat kerajaan Kerajaan Pattani terakhir yang dikenali sebagai Phraya Pattani ke-5 yang telah dibuang negeri ke Kelantan. Putera kedua Kerajaan Pattani terakhir ini telah dihantar melanjutkan pengajian di Turki sekitar tahun 1920-an oleh ayahandanya yang mempunyai hubungan yang akrab dengan kerajaan Turki ataupun dikenali sebagai Ottoman Empire bagi bidang ketenteraan. Penglibatan putera kedua ini di dalam pembebasan Tanah Melayu Pattani bermula sekitar 1939 apabila menyertai ayahandanya untuk melawan cengkaman siam di bawah Plaek Phibunsongkhram.

Baginda yang berpangkat Mejar di dalam pasukan Force 136 di bawah British telah mengetuai Melayu Pattani membuat rayuan untuk mengabungkan empat wilayah Melayu Pattani dengan Tanah Melayu. British pada mulanya bersetuju dengan cadangan Baginda bertindak membuat keputusan sebaliknya apabila ancaman Komunis mula wujud pada 1948 di Tanah Melayu. Bagi mengekalkan kekuasaan British di Tanah Melayu, Kerajaan British bekerjasama dengan Siam untuk menghapuskan pengaruh dan penjajahan Komunis pada masa itu.

Tekanan Siam melalui British[sunting | sunting sumber]

Satu persidangan telah diadakan di Songkhla pada 1949 di antara Siam - British yang dinamakan sebagai Persidangan Songkhla telah menuntut supaya pejuang pemisah dan saki baki Kesultanan Melayu Pattani di tangkap dan diserahkan kepada Siam termasuk Tengku Mahmood Mahyideen yang merupakan anggota keselamatan British berpangkat Mejar di dalam Force 136. Menjadi buruan Siam dengan bantuan organisasi British yang Baginda telah berkhidmat, Cubaan bunuh berlaku dengan beberapa serangan dirancang menyebabkan keadaan di Pattani tidak lagi selamat untuk Tengku Mahmood terus berada di Pattani. Tengku Mahmood telah membawa keluarga Baginda bersama pengikut setianya telah lari melalui jalan laut untuk masuk ke Tanah Melayu bertemu dengan kerabatnya di Kota Jembal melalui pintu masuk Sungai Pengkalan Datu sekitar pertengahan tahun 1949, menyertai keluarganya di Kampung Pauh Panji, bersebelahan Kota Jembal.

Baginda kemudiannya dikatakan telah lari masuk jauh ke Peringat dan membuka penempatan di sekitar menggunakan jalan sungai Kemasin yang bersambung dengan Sungai Pengkalan Datu bagi mengelakkan diburu British. Beliau yang turut membawa 15 ekor gajah yang memuatkan jongkong emas telah berjalan masuk ke hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Kampung Bechah Mulong. Kepesatan pembangunan pekan kampung Bechah Mulong bersambung dengan laluan Sungai di mana terletaknya lokasi terakhir Tengku Mahmood dikesan. Sejarahnya kemudian disenyapkan dan hilang dari simpanan generasi bawahan.

Menukar nama kerabat[sunting | sunting sumber]

Bagi menyembunyikan identiti ketika diburu British dan Kerajaan Siam, Tengku Mahmood dikatakan tidak lagi memakai gelaran Tengku sebaliknya menukar nama keturunannya kepada Wan yang juga merujuk sebagai kerabat Kerajaan Melayu Pattani. Baginda juga dikatakan telah membuat satu kematian palsu dengan kejadian bunuh yang dirancang bagi mengelirukan British yang menjaga laluan darat ketika keluar daripada Pattani mengguna jalan laut. Semua kerabat terdekat termasuk isteri, anak dan cucunya telah dihantar lebih awal ke Tanah Melayu (Kelantan) bagi mendapatkan perlindungan daripada kerabat mereka dari Kesultanan Jembal.

Kerabat Wan Terakhir di Peringat[sunting | sunting sumber]

Nama kerabat Wan terakhir yang dikesan adalah Kerabat Wan Awang atau nama asalnya Raja Pah, yang mempunyai seorang anak perempuan dinamakan Wan Mayu. Wan Mayu dikatakan mempunyai seorang anak lelaki yang dinamakan sempena nama ayahandanya Wan Nawang atau Awang. Generasi mereka memiliki pengaruh keluasan tanah sehingga ke Aril, Padang Salim, Peringat, Limbat, Melor dan Tegayong. Raja Pah sendiri mendirikan rumahnya di kampung Bechah Mulong yang merupakan pusat bagi jajahan tanah tersebut pada waktu itu. Walaubagaimanapun nama Raja Pah jarang dikenali, nama cucundanya Wan Nawang lebih dikenali bagi generasi baru. Kerabat Raja Pah atau Wan Nawang ini turut memelihara dan memiliki gajah-gajah yang tidak boleh dimiliki oleh golongan biasa atau masyarakat awam. Tapak pemeliharaan gajah ini sehingga kini masih wujud di tanah cucundanya generasi ke 4, Wan Jusoh sebagai generasi terakhir yang memiliki dan banyak mengetahui tentang sejarah ini.

Raja Pah ini juga dikatakan sebagai penempa emas yang menukar jongkong emas kepada Bunga Emas (matawang) pada waktu tersebut, memiliki pusat tempaan emas terbesar di Jajahan Peringat. Generasi terakhir yang diwariskan kemahiran menempa emas ini adalah cucundanya, Wan Nawang sebagai generasi terakhir menempa emas di Peringat pada waktu itu. Kemahiran ini dikatakan tidak lagi diwariskan kepada generasi seterusnya daripada keturunan ini.