Tentang Hati 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentang Hati 2
Genre
PenciptaRozie Rashid
Ditulis oleh
  • Rozie Rashid
  • Nata T.Arifin
  • Lee Chonz
PengarahMP Roslin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran40–43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal15 September 2016
Kronologi
Rancangan berkaitan
Tentang Hati

Tentang Hati 2 merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia yang diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd untuk siaran menerusi Selekta Prima di TV2 yang bersiaran dari 15 September 2016.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.

Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.

Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.

Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.

Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Pada musim pertama drama ini, watak Shireen dilakonkan oleh Anzalna Nasir. Namun bagi sequel drama ini watak Shireen dilakonkan oleh Sherry Ibrahim.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Feroz Kader pada awalnya mahu terus mengarah drama ini, namun mengundurkan diri kerana perbezaan kreatif. Beliau digantikan oleh MP Roslin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Tentang Hati 2 mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.