Tentera Darat India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Tentera Darat India sejak tahun 1947. Untuk zaman lebih awal, sila lihat Sejarah ketenteraan India dan Tentera Darat India British.
Tentera Darat India
ADGPI Indian Army.svg
Lambang Indian Army
Ditibuhkan pada1 April 1895; 125 tahun yang lalu (1895-04-01)
Negara India
JenisTentera darat
PerananPeperangan darat
Saiz1,237,117 anggota aktif[1]
960,000 askar simpanan[2]
209 pesawat[3]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera India
MarkasNew Delhi
Moto"Service Before Self"
WarnaEmas, merah dan hitam
            
PeringatanHari Tentera Darat: 15 Januari
Laman webindianarmy.nic.in
Komander
Pemerintah TertinggiPresiden Ram Nath Kovind
Ketua Turus Tentera Darat (COAS)Jeneral Bipin Rawat, PVSM, UYSM, AVSM, YSM, SM, VSM, ADC[4]
Naib Ketua Turus Tentera Darat (VCOAS)Leftenan Jeneral Manoj Mukund Naravane, PVSM, AVSM, SM, VSM[5]
Komander
terkenal
Fil Marsyal K. M. Cariappa, OBE
Fil Marsyal Sam Manekshaw, MC
Jeneral K. S. Thimayya, DSO
Tanda kebesaran
BenderaFlag of Indian Army.svg
Pesawat terbang
PenyerangHAL Rudra, HAL LCH
HelikopterHAL Dhruv, HAL Chetak, HAL Cheetah, Kamov Ka-226

Tentera Darat India (Hindi: Bhāratīya Thala Sēnā) adalah cabang peperangan darat dan merupakan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera India. Presiden India ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata India,[6] dan Tentera Darat diperintah oleh Ketua Turus Tentera Darat (COAS), yang berpangkat Jeneral empat bintang. Dua orang pegawai telah dianugerahkan pangkat Fil Marsyal, sejenis pangkat lima bintang, iaitu gelaran beristiadat yang tertinggi. Tentera Darat India berasal daripada tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang kemudiannya menjadi Tentera India British, dan tentera negeri-negeri bangsawan, yang akhirnya menjadi tentera darat nasional selepas kemerdekaan. Unit-unit dan rejimen Tentera Darat India mempunyai sejarah yang pelbagai dan telah terlibat dalam beberapa pertempuran dan kempen di serata dunia, mendapat banyak penghormatan kancah perang sebelum dan selepas Kemerdekaan.[7]

Misi utama Tentera Darat India ialah memastikan keselamatan negara dan perpaduan nasional, mempertahankan negara daripada pencerobohan luar dan ancaman dari dalam, dan mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam sempadannya. Ia menjalankan operasi menyelamat kemanusiaan semasa bencana alam dan gangguan lain, seperti Operasi Surya Hope, dan juga boleh diminta oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman dalaman. Ia merupakan komponen utama kuasa nasional bersama Tentera Laut India dan Tentera Udara India.[8] Tentera Darat telah terlibat dalam empat peperangan dengan negara jiran Pakistan dan sekali dengan negara China. Operasi utama lain yang dilakukan oleh pihak tentera darat termasuklah: Operasi Vijay, Operasi Meghdoot dan Operasi Cactus. Selain daripada konflik, pihak tentera darat telah menjalankan eksesais besar masa aman seperti Operasi Brasstacks dan Eksesais Shoorveer, dan ia juga menjadi peserta aktif dalam banyak misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu seperti di: Cyprus, Lebanon, Congo, Angola, Kemboja, Vietnam, Namibia, El Salvador, Liberia, Mozambique, South Sudan dan Somalia.

Tentera Darat India menggunakan sistem rejimental, tetapi secara operasi dan secara geografi dibahagikan kepada tujuh markas pemerintahan, dengan formasi asas tempur adalah divisyen. Ia adalah pasukan sukarelawan dan terdiri daripada 80% anggota tentera aktif. Ia merupakan tentera darat tetap ke-2 terbesar di dunia, dengan 1,237,117[9][10] askar aktif dan 960,000 askar simpanan.[11][12] Pihak Tentera Darat telah memulakan program pemodenan infantri yang dikenali sebagai Futuristic Infantry Soldier As a System (F-INSAS), dan juga menaik taraf dan memperoleh aset-aset baru bagi cawangan udara, armor, dan artileri.[13][14][15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ Singh Rana, Uday (27 Disember 2017). "20% Sailor Shortage in Navy, 15% Officer Posts Vacant In Army, Nirmala Sitharaman Tells Parliament". News18. Diarkib daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  2. ^ The Military Balance 2017 (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 2017. ISBN 9781857439007.
  3. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 2 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  4. ^ "Chief of the Army Staff". Official Website of the Indian Army. Diarkib daripada yang asal pada 3 Januari 2017. Dicapai pada 31 Disember 2016.
  5. ^ Gurung, Shaurya Karanbir. "Naravane appointed as new Vice Chief of Indian Army, four army commanders appointed". The Economic Times. Dicapai pada 31 August 2019.
  6. ^ "About – The President of India". Diarkib daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ Singh, Sarbans (1993). Battle Honours of the Indian Army 1757–1971. Vision Books. ISBN 978-8170941156. Parameter |1location= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  8. ^ "Indian Army Doctrine". Headquarters Army Training Command. October 2004. Diarkib daripada yang asal pada 1 December 2007. Dicapai pada 1 December 2007.
  9. ^ "20% Sailor Shortage in Navy, 15% Officer Posts Vacant In Army, Nirmala Sitharaman Tells Parliament". News18. Diarkib daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 28 Disember 2017.
  10. ^ "Armed forces facing shortage of nearly 60,000 personnel: Government". The Economic Times. 27 Disember 2017. Diarkib daripada yang asal pada 28 Disember 2017. Dicapai pada 28 Disember 2017.
  11. ^ International Institute for Strategic Studies (3 February 2014). The Military Balance 2014. London: Routledge. halaman 241–246. ISBN 9781857437225.
  12. ^ The Military Balance 2017 (dalam bahasa Inggeris). Routledge, Chapman & Hall, Incorporated. 2017-02-14. ISBN 9781857439007.
  13. ^ The Military Balance 2010. Oxfordshire: Routledge. 2010. halaman 351, 359–364. ISBN 978-1857435573.
  14. ^ "Indian Army Modernisation Needs a Major Push". India Strategic. Februari 2010. Diarkib daripada yang asal pada 6 September 2013. Dicapai pada 10 Julai 2013.
  15. ^ "India's Military Modernisation Up To 2027 Gets Approval". Defence Now. 2 April 2012. Diarkib daripada yang asal pada 29 October 2013. Dicapai pada 10 July 2013.
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Indian Army Arms and Services Templat:Indian Army Infantry Regiments Templat:Active corps of the Indian Army Templat:Indian military academies and colleges Templat:Current Indian infantry weapons Templat:Indian Military honours and decorations Templat:India topics