Tentera Darat Ke-19 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Ke-19
Aktif26 Ogos 1943 - 21 April 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II

Tentera Darat Ke-19 (Jerman: 19. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada Ogos 1943 di selatan Perancis daripada Armeegruppe Felber (iaitu LXXXIII. Armeekorps), Tentera Darat Ke-19 mempertahankan selatan Perancis, Pergunungan Vosges, Alsace, Baden dan selatan Württemberg semasa penyerbuan Bersekutu ke atas selatan Perancis dan operasi ketenteraan besar Sekutu yang lain dengan tujuan untuk membebaskan selatan Perancis dan serangan ke atas selatan Jerman. Walaupun secara nominalnya adalah tentera darat medan, Tentera Darat Ke-19 tidaklah begitu kuat dan terdiri daripada askar-askar peringkat ketiga, veteran yang cedera, kerahan dan Hiwi. Selatan Perancis secara amnya dianggap sebagai medan peringkat ketiga dan diberi perhatian sedikit oleh OKW. Seluruh ketumbukan ini dilengkapi dengan peralatan rosak dan usang, dengan 4 daripada divisyen Tentera Darat Ke-19 telah ditetapkan sebagai "divisyen statik," yang bermaksud mereka telah dilucutkan semua aset-aset mudah alih dan dilarang berpindah dari posisi yang di tetapkan. Hiwi khususnya terbukti tidak boleh dipercayai dan biasanya meninggalkan tugas atau menyerah diri bila ada kesempatan. Satu-satunya aset yang boleh menimbulkan ancaman pada rancangan Sekutu ialah Divisyen Ke-11 Panzer, dan pada masa itu ia mempunyai 2 daripada 5 batalion kereta kebalnya yang ditugaskan semula ke formasi lain yang dianggap lebih kritikal untuk kempen perang.

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 General der Infanterie Georg von Sodenstern 80px 26 Ogos 1943 - 29 Jun 1944
2 General der Infanterie Friedrich Wiese 80px 29 Jun 1944 - 15 Disember 1944
3 General der Infanterie Siegfried Rasp 80px 15 Disember 1944 - 15 Februari 1945
4 General der Infanterie Hermann Foertsch 80px 15 Februari 1945 - 28 Februari 1945
5 General der Infanterie Hans von Obstfelder 1 Mac 1945 - 26 Mac 1945
6 General der Panzertruppe Erich Brandenburger 26 Mac 1945 - 6 Mei 1945

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Tessin, Georg, (1976). Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS im Zweiten Weltkrieg 1939-1945 (Volume IV), Biblio Verlag, Osnabrück. ISBN 3-7648-1083-1.