Tentera Darat Ke-3 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3. Armee
Tentera Darat Ke-3
Pasukan motoris Wehrmacht melepasi saki baki jambatan keretapi di Tarnowit sejurus selepas dirobohkan.
Aktif1939
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II

Tentera Darat Ke-3 (Jerman: 3. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah tempur[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-3 telah aktifkan pada 1 September 1939, iaitu hari tentera Jerman menceroboh Poland. Ia telah diletakkan dibawah pemerintahan General der Artillerie Georg von Küchler. Küchler kemudian menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara pada tahun 1942 dan juga kemudian dilantik sebagai Generalfeldmarschall. Pada permulaan Pencerobohan Poland Tentera Darat Ke-3 adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Utara Generaloberst Fedor von Bock, bersama dengan Tentera Darat Ke-4 Generaloberst Günther von Kluge. Tentera Darat Ke-4 telah menawan Koridor Poland dan memasuki Prusia Timur, sekaligus menghubungkan semula kedua-dua kawasan itu. Tentera Darat Ke-3 telah berpecah kepada dua dan menyerang dari Prusia Timur. Satu bahagian dari Tentera Darat Ke-3 telah mara ke arah selatan di Modlin, menyeberangi kuala sungai Vistula dan sungai Bug dan terlibat dalam serangan ke atas Warsaw. Bahagian lain Tentera Darat Ke-3 telah menyerang Narew, serangan dibuat berhampiran sungai Bug, dan mara ke dalam Brest-Litovsk.[1]

Apabila serangan ke atas Poland dilancarkan, satu bahagian Tentera Darat Ke-3 bergerak ke arah Koridor Poland dan bertemu dengan Tentera Darat Ke-4 Kluge. Kedua-dua Tentera Darat Ke-3 dan Tentera Darat Ke-4 melaksanakan rancangan mereka dengan baik, dan Kempen Poland berakhir dengan kemenangan besar bagi Tentera Darat Jerman. Tentera Merah telah menyerang Poland dari timur dengan sejuta askar dan mara ke arah barat untuk bertemu dengan tentera Jerman, walaupun jumlah mangsa korban melebihi jangkaan. Di Brest-Litovsk, perarakan kemenangan bersama Jerman dan Soviet telah diadakan.

Pada 5 November 1939, hanya 5 minggu selepas berakhirnya Kempen Poland, Tentera Darat Ketiga telah dibubarkan. Tentera Darat Ketiga menjadi salah satu tentera darat medan Jerman pertama dalam Perang Dunia II yang dibubarkan. Staf telah dipindahkan ke Bad Bertrich sebagai Tentera Darat Ke-16 untuk dikerahkan ke Barat. Sejurus selepas Tentera Darat Ketiga dibubarkan Küchler menjadi Panglima Tentera Darat Ke-18 yang baru dibentuk dan memimpinnya semasa Kempen Barat tahun 1940. Beliau kekal di jawatan itu sehingga tahun 1942, apabila beliau dilantik sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara untuk memimpin Pengepungan Leningrad. Tahun tersebut beliau menjadi generalfeldmarschall tetapi telah digantikan pada 1944 berikutan kejayaan Soviet menggempur Kumpulan Tentera Darat Utara.[2]


Panglima[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Agresja niemiecka na Polskę w 1939 r." Kurier Poranny. 19 February 2016. Dicapai pada 18 March 2020.
  2. ^ "Agresja niemiecka na Polskę w 1939 r." Kurier Poranny. 19 February 2016. Dicapai pada 18 March 2020.
  • Barnett, Correlli. Hitler's Generals. New York: Grove Weidenfeld, 1989.